Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773901
Title: Sejarah perkembangan sosio-ekonomi dan budaya masyarakat Cina di Malaysia
Authors: Khoo Kay Kim
Conference Name: Seminar Kebangsaan Masyarakat Cina dan Perkembangan Islam di Malaysia
Keywords: Baba dan Nyonya
Keturunan Cina
Melaka
Conference Date: 2004-10-05
Conference Location: Hotel Equatorial, Bandar Baru Bangi
Abstract: Orang Cina memang sudah lama tiba di kawasan yang kini dikenali sebagai Malaysia, dan kali pertama tidak semestinya di Melaka. Kehampiran China dengan bahagian timur laut Semenanjung Tanah Melayu bererti ada kemungkinan orang Cina lebih awal sampai di kawasan Kelantan-Terengganu daripada Melaka. Ada juga catatan-catatan yang menunjukkan mereka pernah melawat kawasan-kawasan di bahagian barat Pulau Kalimantan. Tetapi sejarah awal kehadiran orang Cina di negara ini masih belum begitu jelas kepada sejarawan. Keadaan itu berubah bermula dari abad ke 17. Golongan Cina di Melaka yang biasa disebutkan sebagai Baba dan Nyonya memang keturunan orang Cina yang mula menetap di Melaka pada lewat abad ke-17 kerana dipercayai mereka yang datang sebelum masa kuasa Portugis menakluki Melaka (1511) telah meninggalkan Melaka bila kerajaan Melayu tumpas. Tetapi amat ketara bahawa kebanyakan orang Cina yang datang mulai abad ke-17 dan selanjutnya hingga penghujung abad ke 18 adalah pedagang. Kebanyakannya berasal dari wilayah Fujian (Hokkien). Sehingga masa sekarang di kebanyakan Bandar-pelabuhan seperti, Kuching, Klang dan Pekan (Pahang), loghat Hokkien yang biasa digunakan. Mulai lewat abad ke-18 sudah ada orang Cina bekerja di lombong bijih timah, berhampiran dengan Melaka, dan emas di Pulai, Kelantan.
Pages: 1-10
Call Number: BP170.85.S476 2004 sem
Publisher: Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Kolej Universiti Islam Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.