Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/656893
Title: Menjambat jurang digital: analis program latihan telecenter di Malaysia
Authors: Zaharah Hassan
Rosseni Din
Norizan Abdul Razak
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Teknologi maklumat dan komunikasi
Telecenter
Jurang digital
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Telecenter adalah satu ruang fizikal yang disediakan untuk membolehkan orang ramai menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) seperti telefon sehinggalah ke kemudahan capaian Internet seperti emel, komunikasi berperantarakan komputer dan sumber pembelajaran dari portal pend'idikan. Kerajaan Malaysia mula menubuhkan telecenter pada tahun 2000 sebagai usaha untuk meningkatkan penggunaan dan akses TMK bagi masyarakat luar bandar dan golongan terpinggir. Kajian impak telecenter telah dilaksanakan dan salah satu komponen yang dilihat adalah komponen latihan. Kertas kerja ini akan meneliti beberapa aspek mengenai latihan seperti kursus yang ditawarkan, kurikulum, jenis latihan, penerima latihan, bentuk-bentuk latihan, kepakaran jurulatih, pentauliahan dan sebagainya dan apakah kesannya ke atas impak keseluruhan. Data diperoleh melalui borang soal selidik pengguna telecenter, juga temu bual berfokus dan temu bual mendalam dengan stat di tempat tersebut. Analisis menunjukkan bahawa ketiadaan piawai dan garis panduan yang jelas telah menimbulkan berbagai-bagai cabaran kepada pengguna, staf dan penaja. Seterusnya, beberapa cadangan dan strategi akan dikemukakan.
Pages: 74
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.