Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395715
Title: | Amalan khurafat dalam Adat Resam Masyarakat Melayu: realiti di Malaysia |
Authors: | Nurulraudzatuladibah Mohamad Alias Mohd Isa Hamzah Maimun Aqsha Lubis Nor Atasya Ayub |
Conference Name: | International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education Linguistics, Social Sciences and Educational Technology |
Keywords: | Khurafat Adat resam Masyarakat Melayu Tamadun Melayu Malaysia |
Conference Date: | 19/05/2019 |
Conference Location: | Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) Medan |
Abstract: | Berdasarkan peradaban dan tamadun masyarakat Melayu telah membuktikan kemunculan awal amalan khurafat dalam adat resam berpunca daripada penyerapan tiga unsur utama yang telah dicampur adukkan dengan ajaran Islam iaitu Animisme-Dinamisme, Hinduisme dan perbuatan yang tidak terdapat dalam ajaran agama Islam. Namun, didapati sebahagian amalan adat resam ini berlaku penularan bentuk-bentuk khurafat sehingga menyebabkan penyelewengan akidah dari aspek mentauhidkan Allah. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui khurafat dalam adat resam masyarakat Melayu, mengetahui isu-isu khurafat yang terdapat dalam adat resam masyarakat Melayu di Malaysia, mengetahui implikasi dan pendekatan menangani amalan khurafat adat resam masyarakat Melayu di Malaysia. Metodologi yang digunakan ialah kajian kepustakaan dengan mendapatkan maklumat melalui bahan ilmiah yang berbentuk jurnal, buku, artikel, kertas kerja prosiding seminar, laman sesawang dan sebagainya. Hasil kajian ini mendapati telah berlaku penularan khurafat dalam Adat Resam Masyarakat Melayu sehingga kini di Malaysia. Oleh itu, semua pihak seharusnya memainkan peranan dan berganding bahu untuk memurnikan amalan adat resam yang bercanggah dengan syariat Islam khususnya dalam mentauhidkan Allah demi memelihara kesucian Agama Islam. |
Pages: | 593-602 p. |
Call Number: | LC903 .I538 2019 katsem |
Publisher: | Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) & Fakulti Pendidikan UKM,Fakulti Pendidikan, UKM |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.