Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395644
Title: | Penerapan pola Nabr dan Tanghim dalam kemahiran bertutur menerusi aktiviti lakonan Mahasiswa UiTM |
Authors: | Nur Syahirah Munzani Harun Baharudin Maimun Aqsha Lubis |
Conference Name: | International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education Linguistics, Social Sciences and Educational Technology |
Keywords: | Pola Nabr dan Tanghim Kemahiran bertutur Mahasiswa UiTM |
Conference Date: | 19/05/2019 |
Conference Location: | Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) Medan |
Abstract: | Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mengenal pasti pola Nabr dan Tanghim dalam pertuturan Bahasa Arab di kalangan pelajar Sarjana Pengajian Islam jurusan Muamalat, UiTM, serta mengenal pasti jenis kesalahan pola Nabr dan Tanghim dalam sebutan dan pertuturan sehingga mengubah makna dalam konteks yang ingin disampaikan menerusi aktiviti lakonan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan peserta kajian terdiri daripada tiga orang Mahasiswa Semester III Akademi Pengajian Islam dalam pengkhususan Muamalat di UiTM, Shah Alam. Data kajian dianalisis melalui rakaman video dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan penerapan pola Nabr dan Tanghim dalam pertuturan pelajar di tahap yang sederhana. Daripada aktiviti lakonan yang dijalankan, terdapat pola Nabr dan Tanghim yang kurang tepat diungkapkan seperti syukran, afwan, dan marhaban serta tekanan dan intonasi yang dipengaruhi dengan bahasa ibunda. |
Publisher: | Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) & Fakulti Pendidikan UKM,Fakulti Pendidikan, UKM |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.