Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395498
Title: Karya-karya pilihan Abdullah Hussain dianalisis dengan teori sastera autobiografik
Authors: Mana Sikana
Conference Name: Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Abdullah Hussain
Keywords: Sastera autobiografik
Abdullah Hussain
Teori sastera autobiografik
Conference Date: 19/10/2011
Conference Location: Dewan Seminar Aras 2, Menara DBP, Kuala Lumpur
Abstract: Abdullah Hussain dapat dibezakan kepengarangannya dengan kalangan penulis sezaman dengannya berdasarkan pada corak penulisannya yang bersifat biografi/autobiografi. Novel-novelnya seperti Peristiwa, Sebuah perjalanan, Terjebak dan lain-lain memperlihatkan penguasaannya dalam genre autobiografi. Di samping itu terdapat beberapa teksnya yang sememangnya dari genre biografi/autobiografi. Teks autobiografi mengandung fakta naratif dan nilai-nilai yang terpercik daripada peristiwa yang dialami. Dasar ceritanya bukan sahaja pernyataan rekod-rekod kebenaran kehidupan pengarang yang boleh dibuktikan ketepatannya dengan sejarah, tetapi juga penting dalam memancarkan interpretasi dan makna yang mendalam daripada kisah yang diceritakan. Sejarah hanya merakamkan peristiwa-peristiwa terbesar yang diterima secara konsensus mempunyai historiocity dan kepentingan kebangsaan, yang kadang-kadang tanpa terjemahan dan penaksiran. Pengarang autobiografi pula cuba memasuki makna-makna yang tersembunyi dan kadang-kadang masuk ke peristiwa yang tercicir, yang cuba di selindung oleh sejarah. Kertas kerja ini akan menganalisis beberapa teks Abdullah Hussain yang relevan daripada kaca mata teori sastera autobiografik.
Pages: 1-28 pages p.
Call Number: PL5139.A3S435 2011 sem
Publisher: Bahagian Penyelidikan Sastera, Jabatan Dasar dan Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.