Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394066
Title: Ciri keperibadian dan motivasi guru cemerlang sekolah menengah di Negeri Sarawak.
Authors: Ong Sze Chong
Zamri Mahamod
Mohd Izham Mohd Hamzah
Conference Name: Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali Keempat
Keywords: Bahasa Melayu
Guru cemerlang
Conference Date: 05/03/2015
Conference Location: IPG Kampus Batu Lintang Sarawak
Abstract: Kajian ini bertujuan melihat ciri kecemerlangan yang terdapat kepada Guru Cemerlang Bahasa Melayu (GCBM) sekolah menengah di negeri Sarawak. Pendekatan penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini merupakan pendekatan kualitatif yang ditriangulasikan dengan pendekatan kuantitatif. Pendekatan kualitatif yang digunakan dalam kajian ini ialah pendekatan kajian kes. Terdapat 6 GCBM dipilih dalam kajian kes ini. Daripada setiap GCBM ini, semua pengetua, penolong kanan, guru kanan mata pelajaran bahasa, dan lima orang pelajar dipilih untuk menjadi sampel kajian. Data untuk kajian kes ini telah dikumpul menggunakan temu bual yang disokong oleh data pemerhatian dan analisis dokumen. Data Verbatim temu bual dan data laporan serta analisis dokumen dianalisis dengan teknik perbandingan berterusan ciri GCBM berbantukan perisian N' Vivo. Tema, sub tema dan sub-sub tema keperibadian, dan motivasi GCBM dikenal pasti. Dalam pendekatan kuantitatif pula, sebanyak 120 pelajar dipilih secara persampelan kelompok. Borang soal selidik diedarkan kepada sampel kajian untuk melihat pola dapatan motivasi pelajar-pelajar ketika di dalam bilik darjah penyeliaan GCBM. Data yang diperolehi dianalisis dengan dibantu oleh program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 16.0 dan dihuraikan secara deskriptif melalui skor min dan sisihan piawai. Data kualitatif yang dikumpul ditriangulasikan dengan data kuantitatif menunjukkan pola yang sama antara kedua-dua pendekatan untuk menghasilkan dua pola utama iaitu dua ciri pola GCBM dari segi keperibadian dan motivasi GCBM yang membantu kecemerlangan. Daripada kedua-dua pola ini terhasil dua model GCBM, iaitu Model Keperibadian GCBM (MKGCBM), dan Model Motivasi GCBM (MMGCBM). Kedua-dua model ini boleh dijadikan asas rujukan kepada pihak berkepentingan khususnya KPM, JPN, PPD, sekolah dan pelajar.
Pages: 115-130 p.
Call Number: PL5103.P744 2015 kat sem
Publisher: Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015.,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.