Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394066
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorOng Sze Chong-
dc.contributor.authorZamri Mahamod-
dc.contributor.authorMohd Izham Mohd Hamzah-
dc.date.accessioned2023-06-15T07:42:39Z-
dc.date.available2023-06-15T07:42:39Z-
dc.identifier.otherukmvital:98801-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394066-
dc.description.abstractKajian ini bertujuan melihat ciri kecemerlangan yang terdapat kepada Guru Cemerlang Bahasa Melayu (GCBM) sekolah menengah di negeri Sarawak. Pendekatan penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini merupakan pendekatan kualitatif yang ditriangulasikan dengan pendekatan kuantitatif. Pendekatan kualitatif yang digunakan dalam kajian ini ialah pendekatan kajian kes. Terdapat 6 GCBM dipilih dalam kajian kes ini. Daripada setiap GCBM ini, semua pengetua, penolong kanan, guru kanan mata pelajaran bahasa, dan lima orang pelajar dipilih untuk menjadi sampel kajian. Data untuk kajian kes ini telah dikumpul menggunakan temu bual yang disokong oleh data pemerhatian dan analisis dokumen. Data Verbatim temu bual dan data laporan serta analisis dokumen dianalisis dengan teknik perbandingan berterusan ciri GCBM berbantukan perisian N' Vivo. Tema, sub tema dan sub-sub tema keperibadian, dan motivasi GCBM dikenal pasti. Dalam pendekatan kuantitatif pula, sebanyak 120 pelajar dipilih secara persampelan kelompok. Borang soal selidik diedarkan kepada sampel kajian untuk melihat pola dapatan motivasi pelajar-pelajar ketika di dalam bilik darjah penyeliaan GCBM. Data yang diperolehi dianalisis dengan dibantu oleh program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 16.0 dan dihuraikan secara deskriptif melalui skor min dan sisihan piawai. Data kualitatif yang dikumpul ditriangulasikan dengan data kuantitatif menunjukkan pola yang sama antara kedua-dua pendekatan untuk menghasilkan dua pola utama iaitu dua ciri pola GCBM dari segi keperibadian dan motivasi GCBM yang membantu kecemerlangan. Daripada kedua-dua pola ini terhasil dua model GCBM, iaitu Model Keperibadian GCBM (MKGCBM), dan Model Motivasi GCBM (MMGCBM). Kedua-dua model ini boleh dijadikan asas rujukan kepada pihak berkepentingan khususnya KPM, JPN, PPD, sekolah dan pelajar.-
dc.language.isomay-
dc.publisherBangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015.,Bangi-
dc.subjectBahasa Melayu-
dc.subjectGuru cemerlang-
dc.titleCiri keperibadian dan motivasi guru cemerlang sekolah menengah di Negeri Sarawak.-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages115-130 p.-
dc.identifier.callnoPL5103.P744 2015 kat sem-
dc.contributor.conferencenameSeminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali Keempat-
dc.coverage.conferencelocationIPG Kampus Batu Lintang Sarawak-
dc.date.conferencedate05/03/2015-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.