Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394024
Title: Perancangan pembangunan dalam meningkatkan aksesibiliti pendidikan dalam kalangan pelajar orang asli di Tapah
Authors: Mazdi Marzuki
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Pendidikan
Orang asli
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Masyarakat Orang Asli di Malaysia masih jauh tercicir dan terpinggir dalam arus pembangunan berbanding dengan masyarakat lain di Malaysia. Dalam konteks pendidikan juga, masyarakat ini masih ketinggalan daripada aspek pencapaian akademik dan pembangunan pendidikan. Masalah aksesibiliti geografi dianggap antara salah satu faktor yang menyebabkan aksesibiliti pendidikan di kalangan masyarakat ini rendah. Kajian ini akan meneliti tahap aksesibiliti pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Tapah dengan berfokus kepada pelajar di SMK Sri Tapah & SMK Tapah. Kajian melibatkan penggunaan data sekunder, borang kaji selidik dan temu bual. Hasil kajian menunjukkan tahap aksesibiliti pelajar Orang Asli masih rendah daripada aspek perjalanan ke sekolah seperti jarak dan masa, kualiti pengangkutan yang kurang memuaskan, kemudahan jalan raya yang tidak sempurna. Di akhir kertas kerja ini, perancangan pembangunan akan dicadangkan untuk meningkatkan tahap aksesibiliti pendidikan di kalangan pelajar Orang Asli.
Pages: 811-819 p.
Call Number: G56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.