Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393984
Title: Pembangunan pelancongan warisan dan budaya di Bandar Melaka: satu penilaian selepas pengiktirafan Bandar Melaka sebagai bandaraya warisan dunia(UNESCO)
Authors: Mohammad Izwandle Md. Top
Tan Wan Hin Dr
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Bandar Melaka
UNESCO
Pembangunan pelancongan
Bandaraya warisan dunia
Bandar teknologi hijau
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Dengan slogan "Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Salam Melaka 750 Tahun" Bandar Melaka cukup terkenal dengan elemen budaya dan warisan sejarahnya sejak bertahun lamanya. Bandar Melaka telah mendapat pengiktirafan dari United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) sebagai Bandaraya Warisan Dunia bersama-sama dengan Pulau Pinang yang juga dikenali sebagai Tapak warisan Dunia. Selain itu Bandar Melaka dan George Town juga dikenali sebagai "Bandar Bersejarah di Selat Melaka" yang diiktiraf pada 7 Julai 2008 di Quebec, Kanada semasa berlangsungnya persidangan yang ke-32, World Heritage Committee. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada 3 kriteria utama yang mencerminkan "outstanding universal value". Keadaan ini mendefinisikan ruang (spatial) Bandar Melaka adalah sebuah destinasi pelancongan warisan dan budaya yang unggul di Asia Tenggara. Sejak tahun 1980-an lagi, Negeri Melaka telah mula mengubah lanskap pembangunan negerinya daripada berasaskan pertanian kepada pengantungan sepenuhnya kepada aktiviti-aktiviti pelancongan. Pembangunan pelancongan telah berlaku dengan pesatnya di Bandar Melaka yang merupakan pusattarikan utama aktiviti-aktiviti pelancongan warisan dan budaya. Pelbagai projek dan program pembangunan pelancongan telah dirangka dan dilaksanakan bagi membangunkan destinasi tersebut. Kertas seminar ini akan membincangkan dan mengenai konsep pelancongan warisan dan budaya, tarikan pelancongan berasaskan warisan dan budaya, potensi dan peluang serta cadangan untuk membangunkan pelancongan di Bandar Melaka dengan berkesan dan sempurna tanpa menjejaskan persekitarannya. Selain itu kertas seminar ini akan menilai dan mengkritik pembangunan pelancongan yang akan dan telah dilaksanakan bagi menjamin pembangunan yang tidak akan menjejaskan persekitaran destinasi pelancongan warisan dan budaya.
Pages: 449-458 p.
Call Number: Q56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393984
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.