Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393984Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.author | Mohammad Izwandle Md. Top | - |
| dc.contributor.author | Tan Wan Hin Dr | - |
| dc.date.accessioned | 2023-06-15T07:42:00Z | - |
| dc.date.available | 2023-06-15T07:42:00Z | - |
| dc.identifier.other | ukmvital:96635 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393984 | - |
| dc.description.abstract | Dengan slogan "Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Salam Melaka 750 Tahun" Bandar Melaka cukup terkenal dengan elemen budaya dan warisan sejarahnya sejak bertahun lamanya. Bandar Melaka telah mendapat pengiktirafan dari United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) sebagai Bandaraya Warisan Dunia bersama-sama dengan Pulau Pinang yang juga dikenali sebagai Tapak warisan Dunia. Selain itu Bandar Melaka dan George Town juga dikenali sebagai "Bandar Bersejarah di Selat Melaka" yang diiktiraf pada 7 Julai 2008 di Quebec, Kanada semasa berlangsungnya persidangan yang ke-32, World Heritage Committee. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada 3 kriteria utama yang mencerminkan "outstanding universal value". Keadaan ini mendefinisikan ruang (spatial) Bandar Melaka adalah sebuah destinasi pelancongan warisan dan budaya yang unggul di Asia Tenggara. Sejak tahun 1980-an lagi, Negeri Melaka telah mula mengubah lanskap pembangunan negerinya daripada berasaskan pertanian kepada pengantungan sepenuhnya kepada aktiviti-aktiviti pelancongan. Pembangunan pelancongan telah berlaku dengan pesatnya di Bandar Melaka yang merupakan pusattarikan utama aktiviti-aktiviti pelancongan warisan dan budaya. Pelbagai projek dan program pembangunan pelancongan telah dirangka dan dilaksanakan bagi membangunkan destinasi tersebut. Kertas seminar ini akan membincangkan dan mengenai konsep pelancongan warisan dan budaya, tarikan pelancongan berasaskan warisan dan budaya, potensi dan peluang serta cadangan untuk membangunkan pelancongan di Bandar Melaka dengan berkesan dan sempurna tanpa menjejaskan persekitarannya. Selain itu kertas seminar ini akan menilai dan mengkritik pembangunan pelancongan yang akan dan telah dilaksanakan bagi menjamin pembangunan yang tidak akan menjejaskan persekitaran destinasi pelancongan warisan dan budaya. | - |
| dc.language.iso | may | - |
| dc.publisher | Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak | - |
| dc.subject | Bandar Melaka | - |
| dc.subject | UNESCO | - |
| dc.subject | Pembangunan pelancongan | - |
| dc.subject | Bandaraya warisan dunia | - |
| dc.subject | Bandar teknologi hijau | - |
| dc.title | Pembangunan pelancongan warisan dan budaya di Bandar Melaka: satu penilaian selepas pengiktirafan Bandar Melaka sebagai bandaraya warisan dunia(UNESCO) | - |
| dc.type | Seminar Papers | - |
| dc.format.pages | 449-458 p. | - |
| dc.identifier.callno | Q56.P766 2013 sem. | - |
| dc.contributor.conferencename | Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4 | - |
| dc.coverage.conferencelocation | Tanjung Malim | - |
| dc.date.conferencedate | 05/03/2013 | - |
| Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding | |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.