Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/785175| Title: | Status mikronutrien, tumbesaran, pemakanan, kesihatan dan IQ penduduk terpilih di pertengahan Semenanjung Malaysia dan kesan suplemen terhadap IQ |
| Authors: | Ismarulyusda Ishak |
| Supervisor: | Osman Ali, Prof. Dr. Zaleha Md. Isa, Dr. Jamaludin Mohamed, Prof. Dr. |
| Keywords: | Micronutrients Dietary Supplements Intelligence Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 5-Jan-2006 |
| Abstract: | Mikronutrien sama ada unsur surih atau vitamin adalah penting bagi keperluan tubuh. Pengambilan unsur surih yang tidak mencukupi boleh menjadi penyebab kepada kejadian penyakit. Dua kajian hirisan lintang dan satu kajian cubaan klinikal telah dijalankan untuk menilai aras mikronutrien di kalangan populasi Orang Asli di Perak dan Pahang serta populasi di Daerah Hulu Langat. Kajian ini juga turut menilai program intervensi mikronutrien di kalangan kanak-kanak sekolah di Daerah Hulu Langat. Populasi Orang Asli yang dipilih secara persampelan gugusan adalah dari penempatan tersusun di Kuala Lipis Pahang iaitu Pos Sinderut, Pos Tual dan Pos Bertang dan di Sg Siput (U) Perak iaitu Pos Legap dan Pos Perwor. Sejumlah 459 orang penduduk Orang Asli berumur di antara 4-70 tahun yang hadir pada sesi klinik telah diambil sebagai subjek. Manakala populasi di Daerah Hulu Langat dipilih secara persampelan rawak yang melibatkan sebanyak enam mukim iaitu Ulu Langat, Ampang, Kajang, Cheras, Beranang dan Semenyih. Seramai 494 orang penduduk berumur 5-64 tahun telah mengambil bahagian. Pemilihan sekolah bagi kajian intervensi kanak-kanak di Daerah Hulu Langat adalah secara persampelan selesa manakala pemilihan kanak-kanak sekolah adalah melalui kaedah penyaringan iaitu hanya kanak-kanak yang mempunyai skor-Z tinggi-menurut-umur yang kurang daripada -1 sisihan piawai dipilih. Sejumlah 212 orang kanak-kanak yang berumur antara 6-8 tahun telah dirawakkan menjadi empat kumpulan iaitu 10R, 15R, 20R dan OOR. Intervensi vitamin dan mineral diberikan setiap hari bersekolah selama enam bulan. Suplemen berbentuk tablet tersebut diformulasikan dengan pelbagai nutrien yang dijangka dapat meningkatkan tumbesaran dan performans mental di kalangan kanak-kanak Malaysia, yang dijalankan di Jabatan Farmasi, UKM. Di antara kandungan vitamin dan mineral yang utama adalah vitamin-vitamin B1, B6, B9, B12, zink, selenium, ferum dan iodin. Bagi Kumpulan 10R, nutrien di atas diberi bersama nutrien lain dengan dos 100% RDA, bagi Kumpulan 15R, nutrien di atas diberi dengan dos 150% RDA manakala Kumpulan 20R diberi dengan dos 200% RDA. Kumpulan 00R adalah plasebo. Bagi kajian hirisan lintang, darah diambil untuk melihat tahap mikronutrien dalam serum manakala IQ diukur menggunakan ujian TONI-2. Bagi kajian intervensi, tahap IQ telah diambil menggunakan ujian WISC-III. Aras selenium, mangan, magnesium, kromium, kuprum dan zink dalam serum diukur menggunakan kaedah AAS. Hasil kajian mendapati aras selenium, mangan, magnesium, zink dan iodin keseluruhan Orang Asli masing-masing adalah 0.57 +0.20 μmol/l, 0.23 ± 0.01 μg, 1.22 ± 0.14 mmol/l, 15.53 ± 1.31 μmol/l dan 2.58 +2.36 μg/dl. Hasil juga mendapati aras selenium, mangan, kromium, kuprum dan iodin keseluruhan populasi Daerah Hulu Langat masing-masing ialah 1.67 ± 0.44 μmol/l, 1.92 1.20 μg/1, 0.61 ± 0.51 mmol/l, 22.28 ± 8.65 μmol/l dan 3.81 ± 1.61 μg/dl. Hasil kajian mendapati terdapat peningkatan yang bererti dari segi Skala Verbal IQ (VIQ) dan Skala Penuh IQ (FSIQ) menurut kumpulan suplemen dan tahap bantut (p<0.05). Didapati kumpulan suplemen 20R menunjukkan peningkatan VIQ sebanyak tujuh mata pada subjek yang bantut teruk berbanding penurunan VIQ bagi kumpulan suplemen yang lain dan peningkatan FSIQ sebanyak sepuluh mata berbanding tiga mata bagi plasebo dan tujuh mata bagi kumpulan 15R. Dapat disimpulkan aras mikronutrien penduduk bandar Malaysia adalah mencukupi berbanding penduduk pendalaman yang rendah kandungan selenium, mangan dan iodin. Pemberian suplemen yang tinggi dua kali ganda daripada RDA dapat meningkatkan FSIQ dan VIQ kanak-kanak bantut teruk. |
| Notes: | Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Doktor Falsafah” |
| Pages: | 303 |
| Call Number: | QU160 .I341s 2006 9HUKM tesis |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/785175 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Status mikronutrien, tumbesaran, pemakanan, kesihatan dan IQ penduduk terpilih di pertengahan Semenanjung Malaysia dan kesan suplemen terhadap IQ.pdf | Partial | 1.58 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.