Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784934
Title: Kesan senaman tai chi ke atas status oksidatif, viabiliti limfosit dan aberasi kromosom dalam warga dewasa tua
Authors: Goon Jo Aan
Supervisor: Wan Zurinah Wan Ngah, Prof. Dato' Dr.
Noor Aini Abd Hamid, Prof. Madya Dr.
Keywords: Tai Ji -- methods
Exercise -- adverse effects
Oxidative Stress
Lymphocytes
Chromosome Aberrations
Aging
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Jan-2007
Abstract: Peningkatan metabolisme semasa senaman meningkatkan tekanan oksidatif terutamanya dalam otot senesen. Namun, penyesuaian terhadap senaman kerap boleh menghasilkan kesan yang bermanfaat. Bagi menentukan kesan senaman Tai Chi terhadap status oksidatif individu sihat berumur lebih 45 tahun, aktiviti superoksida dismutase (SOD), glutation peroksidase (GPx) dan katalase (CAT) serta kepekatan vitamin A, C dan E dikaji dalam peserta Tai Chi baru dan subjek tidak bersenam pada 0, 6 dan 12 bulan. Tekanan oksidatif ditentukan berdasarkan kerosakan DNA yang dikaji oleh asai komet, kepekatan malondialdehid (MDA) dan ‘advanced glycation end product' (AGE) dalam darah serta kepekatan 8-hidroksideoksiguanosin (8-OHdG) dalam urin. Peratus DNA normal menurun (p<0.05) dan DNA rosak ringan meningkat (p<0.05) dalam peserta Tai Chi (n=25) selepas 6 bulan. Peningkatan aktiviti GPX (p<0.05) dan kepekatan vitamin E (p<0.05) subjek dicerap selepas 6 bulan. Tiada perubahan signifikan aktiviti CAT dan SOD, kepekatan vitamin A dan C serta produk tekanan oksidatif yang lain diperhatikan selepas 6 bulan di kalangan subjek ini. Sementara itu, subjek tidak bersenam (n=27) hanya mempunyai peningkatan aktiviti SOD (p<0.05) selepas 6 bulan dan tidak mempunyai perubahan signifikan dalam parameter yang lain. Selepas 12 bulan, peserta Tai Chi (n=15) mempunyai penurunan kepekatan MDA (p<0.05) dan AGE (p<0.05) berbanding 0 bulan. Subjek ini juga mempunyai peningkatan aktiviti SOD (p<0.05) dan peningkatan kepekatan vitamin E (p<0.05) serta penurunan kepekatan vitamin A (p<0.05) tetapi tidak menunjukkan perubahan signifikan dalam aktiviti GPX dan CAT serta kepekatan vitamin C. Walaupun perubahan kepekatan MDA dan AGE tidak signifikan dalam subjek tidak bersenam (n=17), peratus DNA rosak teruk (p<0.05) dan kepekatan 8-OHdG (p<0.05) meningkat selepas 12 bulan berbanding 0 bulan. Peningkatan aktiviti SOD (p<0.05) dan GPx (p<0.05) serta penurunan aktiviti CAT (p<0.05) diperhatikan dalam subjek tersebut. Kepekatan vitamin C dan E subjek ini juga tidak berubah dengan signifikan tetapi vitamin A menurun (p<0.05) berbanding 0 bulan. Kajian kesan jangka panjang senaman Tai Chi terhadap apoptosis dan proliferasi limfosit, frekuensi 'sister chromatid exchange' (SCE) dan translokasi kromosom 4 juga dilakukan dalam peserta Tai Chi melebihi setahun. Subjek yang telah bersenam Tai Chi selama 6.9 ± 1.6 tahun (n=35) mempunyai peratus DNA normal yang lebih tinggi (p<0.05) berbanding subjek tidak bersenam (n=35). Peratus DNA rosak ringan (p<0.05) dan peratus DNA rosak teruk (p<0.05) pula masing-masing lebih rendah dalam peserta Tai Chi. Peningkatan apoptosis limfosit (p<0.05) dalam peserta Tai Chi telah membantu merangsang regenerasi limfosit baru melalui peningkatan proliferasi limfosit (p<0.05). Senaman Tai Chi juga didapati menurunkan frekuensi SCE (p<0.05) berbanding subjek tidak bersenam. Translokasi dalam kromosom 4 tidak kelihatan pada kedua-dua kumpulan subjek. Kesimpulannya, senaman Tai Chi membantu mengurangkan tekanan oksidatif dengan merangsang aktiviti enzim antioksidan dan meningkatan peredaran vitamin E dalam badan. Senaman Tai Chi dalam jangka panjang juga menyebabkan regenerasi limfosit baru dan meningkatkan kecekapan mekanisme pemulihan DNA.
Notes: Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Doktor Falsafah”
Pages: 171
Call Number: WB541.G635k 2006 9HUKM tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784934
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.