Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784929
Title: Model struktur efikasi kendiri dan sokongan sosial terhadap amalan gaya hidup promosi kesihatan: peranan pengantara persepsi penyakit dan penyederhana kumpulan jantina
Authors: Sharifah Maziah Syed Shamsuddin
Supervisor: Norfazilah Ahmad, Prof. Madya Dr.
Roszita Ibrahim, Prof. Madya Dr.
Keywords: Health Promotion — methods
Health Behavior
Hypertension — prevention & control
Universiti Kebangsaan Malaysia — Dissertations
Dissertations, Academic — Malaysia
Issue Date: 31-Aug-2026
Abstract: Peningkatan kes hipertensi merupakan beban kesihatan awam dengan pelbagai impak negatif seperti penyakit kardiovaskular. Antara strategi efektif dalam pengurusan hipertensi adalah intervensi gaya hidup promosi kesihatan (GHPK). Ia merujuk kepada satu konsep multidimensi yang selaras dengan pendekatan Teori Sosial Kognitif. Teori ini menekankan dinamik antara faktor individu (efikasi kendiri dan persepsi penyakit), persekitaran (sokongan sosial), dan tingkah laku (GHPK). Kajian lepas menunjukkan tahap GHPK adalah rendah dalam kalangan pesakit hipertensi dan mempunyai hubung kait dengan faktor efikasi kendiri (EK), sokongan sosial (SS), persepsi penyakit (PP) serta kumpulan jantina. Mekanisme interaksi antara faktor-faktor ini adalah kompleks dan masih kurang difahami. Oleh itu, ianya perlu diterokai dengan lebih mendalam bagi menyokong intervensi yang lebih efektif. Kajian ini bertujuan untuk merungkai hubung kait antara faktor GHPK dalam kalangan pesakit hipertensi di klinik kesihatan awam dalam Daerah Hulu Selangor, Selangor. Tempoh kajian adalah daripada Julai 2024 hingga Mei 2025. Kajian ini dijalankan secara dua fasa iaitu Fasa 1 (kajian rintis), untuk mengesahkan soal selidik Profil Penjagaan Diri Hipertensi (HPT-SCP) (Komponen EK) dan Profil Galakan-Gaya Hidup Sihat II versi Bahasa Melayu (BM) yang diubah suai daripada skala selang empat mata kepada skala selang antara satu hingga 10. Fasa ini menggunakan kaedah persampelan mudah melibatkan 120 orang responden dan Analisis Penerokaan Faktor (EFA) serta Alfa (a) Cronbach. Fasa 2 (kajian lapangan) adalah untuk menjawab objektif umum kajian. Fasa ini menggunakan kaedah persampelan rawak sistematik melibatkan 360 orang responden dan analisis Pemodelan Persamaan Berstruktur (SEM). Soal selidik utama kajian lapangan adalah Skala Multidimensional Untuk Sokongan Sosial, Persepsi Penyakit Ringkas, dan daripada Fasa 1 untuk mengukur EK dan GHPK Dapatan kajian rintis mengesahkan dua instrumen soal selidik dan digunakan untuk kajian lapangan. Terdapat 10 item bagi soal selidik HPT-SCP Diubahsuai dan 33 item bagi Profil Galakan-Gaya Hidup Sihat II versi BM Diubahsuai atau Modified HPLP-II-Malay version (M-HPLP-II-M) (pemberat faktor > 0.60 dan nilai a Cronbach>0.90). Hasil analisis kajian lapangan menunjukkan min skor GHPK dalam kalangan pesakit hipertensi adalah 6.23 (SP = 1.57). Kesan langsung yang signifikan adalah SS terhadap PP (positif), EK terhadap PP (negatif), dan PP terhadap GHPK (positif). Bagi kesan pengantara, PP merupakan pengantara penuh bagi hubung kait EK dengan GHPK dan pengantara separa bagi hubung kait SS dengan GHPK Kesan penyederhana menunjukkan faktor jantina merupakan penyederhana separa bagi hubung kait PP terhadap GHPK dan lebih ketara dalam kalangan pesakit lelaki berbanding perempuan. Kesimpulannya, faktor SS, EK dan PP mempengaruhi amalan GHPK dalam kalangan pesakit hipertensi di klinik kesihatan awam secara langsung dan tidak langsung. Kesan PP terhadap amalan GHPK adalah lebih ketara dalam kalangan pesakit lelaki berbanding perempuan. Hubung kait yang kompleks antara faktor SS, EK, PP, dan GHPK serta perbezaan dalam persepsi antara jantina terhadap amalan GHPK perlu diintegrasikan dalam program pengurusan hipertensi. Dapatan kajian ini dapat dijadikan bukti empirikal dalam pembangunan modul persepsi untuk meningkatkan amalan GHPK dalam kalangan pesakit hipertensi..
Notes: e-tesis
Pages: 255
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784929
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.