Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784822| Title: | Kesan vitamin E dan steroid ke atas enzim penanda dan detoksifikasi pada plasma dan hepar tikus teraruh barah |
| Authors: | Asmah Rahmat |
| Supervisor: | Wan Zurinah Wan Ngah, Prof. Dato' Dr. Khalid A. Khadir, Prof. Dato' |
| Keywords: | Vitamin E — adverse effects Steroids — adverse effects gamma-Glutamyltransferase Universiti Kebangsaan Malaysia — Dissertations Dissertations, Academic — Malaysia |
| Issue Date: | Jun-1996 |
| Abstract: | Kesan vitamin E (tokotrienol dan tokoferol) dan steroid ke atas enzim penanda gamma-glutamil transpeptidase (GGT) dan glutation S-transferase (GST) serta enzim detoksikasi lain pada tikus yang diaruh barah oleh dietilnitrosamin (DEN) dan 2-asetilaminofluoren (AAF) telah dikaji. DEN/AAF meningkatkan aras glutation (GSH), GGT dan alkalin fosfatase (ALP) plasma dan UDP-glukuronil transferase (UDPGT), GST dan glutation peroksidase (GPx) hepar. Suplementasi vitamin E kepada tikus perlakuan DEN/AAF menurunkan GGT, ALP dan GST kepada aras di antara kawalan dengan DEN/AAF. Tokotrienol atau tokoferol tidak memberi kesan kepada parameter yang diukur. Dos vitamin E yang berbeza (30, 60 dan 150mg tokotrienol/kg diet) menunjukkan kesan perlindungan yang ketara kecuali dos 15mg tokotrienol/kg diet. Kesan tokotrienol sebanding dengan tokoferol. Perlakuan DEN/AAF jangka masa panjang meningkatkan GSH dan kesemua enzim. Suplementasi tokotrienol (30 mg/kg diet) menurunkan aktiviti enzim di antara kawalan dengan perlakuan DEN/AAF. Aktiviti GPx dengan substrat hidrogen peroksid (HO) menurun seperti kawalan, GPx dengan substrat kumen hidroperoksid (CuOOH) tidak berubah dan glutation reduktase (GRX) serupa DEN/AAF. Suntikan Estradiol (E) sahaja atau E, dan DEN/AAF meningkatkan GGT, UDPGT, ALP, GST dengan substrat 1,2-dikloro-4- nitrobenzen (DCNB) dan GPx (H,O,). Penambahan tokotrienol kepada DEN/AAF/E, tidak memberi kesan kerana hanya menurunkan ALP sahaja. Walaupun suntikan progesteron atau DEN/AAF/progesteron meningkatkan UDPGT, ALP, GSH hepar, GST (DCNB) dan GPx(CuOOH) tetapi GSH plasma menurun selepas 8 minggu. Penambahan tokotrienol kepada DEN/AAF/progesteron meningkatkan GGT plasma selepas 8 minggu di antara DEN/AAF dengan kawalan. Suntikan testosteron meningkatkan UDPGT dan GST (DCNB) sementara ALP meningkat di antara DEN/AAF dengan kawalan. GGT plasma meningkat di antara DEN/AAF dengan kawalan pada perlakuan DEN/AAF/testosteron. Penambahan tokotrienol menurunkan GGT plasma dan menurunkan lagi GPx(CuOOH) daripada nilai kawalan. Suntikan Dexamethasone (Dex) meningkatkan kesemua enzim kecuali UDPGT, ALP (8 minggu) dan GST (DCNB). DEN/AAF/Dex meningkatkan kesemua enzim kecuali GST (DCNB) lapan minggu dan GPX. GGT dan GPx tidak dipengaruhi oleh penambahan tokotrienol kepada DEN/AAF/Dex, sedangkan enzim yang lain meningkat. Kesimpulannya tokotrienol dan tokoferol mengurangkan keterukan hepatokarsinogenesis yang diaruh oleh DEN/AAF. Tokotrienol kurang berkesan untuk perlakuan E, berbanding dengan steroid lain. |
| Notes: | Tesis ini tidak ada “Perakuan Doktor Falsafah” |
| Pages: | 191 |
| Call Number: | QU179.A836k 1996 9HUKM tesis |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784822 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Kesan vitamin E dan steroid ke atas enzim penanda dan detoksifikasi pada plasma dan hepar tikus teraruh barah.pdf | Partial | 1.81 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.