Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784766
Title: Kerangka kerja konseptual untuk mereka bentuk aplikasi realiti luasan (AR) berasaskan pengecaman objek bagi masalah komunikasi dalam kalangan kanak-kanak autisme
Authors: Intan Nadiah Abdul Hakim
Supervisor: Ummul Hanan Mohamad, Dr.
Azlina Ahmad, Dr.
Azliza, Dr.
Hanif, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Communication disorders in children
Assistive technology
Issue Date: 30-Jul-2026
Abstract: Teknologi Realiti Luasan (AR) mempunyai potensi besar dalam bidang pendidikan, terutamanya dalam menangani cabaran komunikasi unik yang dihadapi oleh kanakkanak autisme. Kajian ini membangunkan Kerangka Kerja Konseptual Reka Bentuk Aplikasi AR (KRAR) berasaskan pengecaman objek bagi menangani cabaran komunikasi asas kanak-kanak autisme, dengan objektif (i) mengenal pasti keperluan pengguna melalui pemerhatian dan temu bual, (ii) membangunkan KRAR berdasarkan sintesis literatur dan dapatan empirikal, dan (iii) menilai keberkesanan KRAR melalui pembangunan dan penilaian prototaip aplikasi AR. Kajian menggunakan pendekatan User-Centred Design (UCD) berfasa, merangkumi analisis tematik data lapangan dan pengesahan pakar menggunakan Content Validity Index (CVI). Dapatan kajian menunjukkan tiga penemuan utama. Pertama, pemerhatian terhadap 15 kanak-kanak autisme (analisis mendalam bagi lima responden), temu bual bersama dua pakar pendidikan khas dan dua ibu bapa, serta soal selidik tiga guru, menghasilkan 25 tema awal yang dimurnikan kepada lapan (8) komponen keperluan pengguna, disahkan dengan kesahan kandungan yang sempurna (I-CVI=1.00; S-CVI/Ave=1.00). Kedua, sintesis 18 kerangka kerja terdahulu menghasilkan 100 komponen reka bentuk yang dipetakan kepada lapan komponen pengguna tersebut; empat komponen iaitu Tahap Kendiri Terhad, Masalah Pembelajaran Asas, Corak Kognitif & Ingatan Selektif, dan Potensi & Kesediaan Teknologi AR dikenal pasti sebagai sumbangan baharu tanpa padanan literatur sedia ada. Kerangka akhir, dinamakan Model TERAS-KRAR, mencatatkan kesahan kandungan yang tinggi (S-CVI/Ave=0.90) hasil penilaian enam pakar. Ketiga, prototaip aplikasi AR (ARFUNC) yang dibangunkan berasaskan KRAR diuji melalui pemerhatian lapan dimensi tingkah laku terhadap lima kanak-kanak autisme, mencatatkan purata 64% penyelesaian tugasan tanpa bantuan dengan median masa respons 4.5 saat, walaupun wujud variasi individu yang ketara antara responden. Penilaian kebolehgunaan oleh sembilan pakar dan guru merentas tujuh konstruk turut mencatatkan skor min melebihi 4.00 daripada skala 5 mata, tertinggi bagi Kepuasan (min=4.91) dan terendah bagi Keberkesanan (min=4.13) akibat cabaran teknikal pengecaman objek halus; penilaian oleh lima ibu bapa turut mengukuhkan dapatan ini (Kepuasan min=4.47) sambil mengenal pasti pengendalian ralat (min=3.60) sebagai ruang penambahbaikan. Secara keseluruhan, sumbangan kajian ini merangkumi tiga aspek utama iaitu (i) sumbangan terhadap pemahaman reka bentuk komunikasi berasaskan objek bagi kanak-kanak autisme, (ii) sumbangan konseptual dan metodologi melalui pembangunan Model TERAS-KRAR, dan (iii) pengesahan praktikal kerangka reka bentuk AR melalui prototaip ARFUNC. Kajian ini menegaskan bahawa KRAR menyediakan asas empirikal dan praktikal bagi menyokong pembangunan aplikasi AR yang bukan sahaja inovatif dari sudut teknologi, tetapi juga selari dengan keperluan perkembangan, pedagogi dan etika pengguna sasaran.
Description: Full-text
Notes: e-tesis
Pages: 364
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784766
Appears in Collections:Institute of Visual Informatics/ Institut Informatik Visual (IVI)/ Institut IR 4.0 (IR4.0)



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.