Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784524| Title: | Penerimaan terhadap elemen konstruk kompetensi latihan amali dakwah oleh pelajar Program Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM |
| Authors: | Elma Natasya Yusof |
| Supervisor: | Abdul Ghafar Don, Prof. Dr. |
| Keywords: | Da'wah (Islam) Internship programs Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 11-Aug-2025 |
| Abstract: | Kajian ini dilaksanakan bagi menilai tahap persepsi dan penerimaan pelajar terhadap konstruk kompetensi dalam Latihan Amali Dakwah (LAD) yang dilaksanakan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai secara menyeluruh elemen-elemen konstruk kompetensi yang merangkumi aspek akidah, akhlak, ibadah, ilmu dan kemahiran yang diterapkan dalam LAD, serta menganalisis kesesuaian dan tahap penerimaan pelajar terhadap aplikasi konstruk tersebut berdasarkan pengalaman sebenar di lapangan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif melalui kaedah tinjauan yang dilaksanakan dengan pengedaran borang soal selidik kepada seramai 168 orang pelajar yang telah menyertai LAD di kawasan perkampungan Orang Asli. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dengan bantuan perisian SPSS versi 29.0 bagi memperoleh nilai min, peratusan dan kekerapan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap persepsi pelajar terhadap kepentingan konstruk kompetensi berada pada tahap sederhana, dengan nilai min keseluruhan yang paling tinggi adalah pada konstruk Ibadah (min=2.96), diikuti oleh Akhlak (min=2.95), Akidah (min=2.94), Ilmu (min=1.95) dan Kemahiran (min=1.94). Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar lebih cenderung menilai elemen spiritual seperti ibadah dan akhlak sebagai elemen penting dalam pelaksanaan LAD, manakala elemen intelektual dan praktikal seperti ilmu dan kemahiran dilihat kurang signifikan dari sudut persepsi awal mereka terhadap LAD. Namun begitu, dari segi tahap penerimaan pelajar terhadap kelima-lima elemen konstruk kompetensi dalam LAD, didapati bahawa keseluruhan tahap penerimaan adalah sangat tinggi. Konstruk yang menunjukkan tahap penerimaan tertinggi ialah Ibadah (min=4.93), diikuti Akhlak (min=4.91), Akidah (min=4.90), Ilmu (min=4.87) dan Kemahiran (min=4.86). Semua konstruk ini mencatatkan peratusan persetujuan pelajar yang melebihi 87%, dan keseluruhan min penerimaan adalah 4.90 dengan sisihan piawai 0.262, menggambarkan tahap penerimaan yang kukuh dan konsisten dalam kalangan pelajar. Pelajar turut menyatakan bahawa setiap konstruk yang dikaji memainkan peranan penting dalam membina keperibadian dan keupayaan sebenar seorang pendakwah yang berkesan, terutamanya apabila berhadapan dengan masyarakat majmuk dan komuniti terpencil seperti Orang Asli. Justeru, implikasi kajian ini amat signifikan dalam memberikan sumbangan ke arah penambahbaikan kurikulum dan modul pelaksanaan LAD pada masa hadapan. Penekanan yang seimbang antara elemen spiritual, intelektual dan aplikasi praktikal perlu diberikan perhatian dalam penyusunan latihan dakwah yang berteraskan pembangunan kompetensi pelajar secara menyeluruh dan holistik. Kajian ini juga dapat menjadi panduan kepada para pendidik, penyelaras LAD serta penggubal kurikulum dalam merangka pendekatan latihan dakwah yang lebih relevan, berkesan dan berorientasikan kompetensi semasa. |
| Pages: | 120 |
| Call Number: | LC1072.I58E436 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784524 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Penerimaan terhadap elemen konstruk kompetensi latihan amali dakwah oleh pelajar Program Pengajian Dakwah dan Kepimpinan UKM.pdf Restricted Access | Full-text | 1.65 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.