Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784522
Title: Penilaian kebolehgunaan permainan kosa kata bahasa Arab dalam aplikasi Wordwall
Authors: Nur Hamizah Tuki
Supervisor: Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Dr.
Lily Hanefarezan Asbulah, Dr
Keywords: Educational games -- Juvenile software
Educational games -- Data processing
Arabic language -- Computer programs
Arabic language -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia -- Johor
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Jun-2025
Abstract: Zaman digital hari ini menyaksikan transformasi pendidikan daripada pergantungan sepenuhnya kepada alat pengajaran dan pembelajaran fizikal kepada peralihan penggunaan bahan digital. Wordwall merupakan salah satu aplikasi digital yang digunakan oleh guru sebagai alat bantu dalam pengajaran bahasa Arab. Namun, terdapat cabaran dalam penggunaannya seperti pelajar tidak mengetahui kosa kata penting, bentuk soalan yang kurang sesuai, kelemahan menguasai pengkelasan kosa kata ism, fi’l dan harf serta persepsi negatif guru terhadap unsur-unsur ganas dan kasar dalam aplikasi permainan digital. Rentetan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti topik permainan kosa kata bahasa Arab dalam aplikasi Wordwall, membincangkan bentuk soalan permainan kosa kata bahasa Arab dalam aplikasi Wordwall, menganalisis taburan pengkelasan kosa kata dalam aplikasi Wordwall dan buku teks bahasa Arab Tingkatan 1 KSSM, serta menilai kebolehgunaan elemen permainan kosa kata bahasa Arab dalam aplikasi Wordwall. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen dan temu bual guru bahasa Arab Tingkatan 1 di daerah Pontian dan Johor Bahru. Hasil kajian menunjukkan topik Bab 4 (ما أحلى الحياة)! paling kerap dibangunkan dengan 20 permainan kerana kosa kata dalam topik tersebut berkaitan kehidupan pelajar. Guru juga gemar bina soalan berbentuk objektif seperti match up, quiz dan unjumble kerana lebih mudah dan cepat dijawab oleh pelajar berbanding soalan subjektif. Soalan dalam aplikasi Wordwall juga lebih banyak mengemukakan soalan pengkelasan kosa kata ism dan fi’l secara berasingan, namun kombinasi ism dan fi'l kurang diberi perhatian. Bagi kebolehgunaan elemen permainan dalam aplikasi Wordwall, aplikasi ni didapati mudah digunakan dan guru menyatakan kepuasan terhadapnya kerana terbukti membantu meningkatkan penguasaan kosa kata dalam kalangan pelajar. Walau bagaimanapun, mereka kurang berpuas hati dengan gangguan capaian internet dan keterbatasan templat percuma. Implikasi kajian ini menyediakan panduan bagi guru, pelajar dan pengguna yang ingin memanfaatkan aplikasi Wordwall dalam pembelajaran di bilik darjah serta membantu memberi maklumat untuk penambahbaikan pada masa hadapan
Pages: 195
Call Number: LB1029.G3N848 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784522
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penilaian kebolehgunaan permainan kosa kata bahasa Arab dalam aplikasi Wordwall.pdf
  Restricted Access
Full-text5.25 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.