Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784522
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.rights.licenseTertakluk kepada Dasar Akses Terbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysiaen_US
dc.contributor.advisorSuhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Dr.en_US
dc.contributor.advisorLily Hanefarezan Asbulah, Dren_US
dc.contributor.authorNur Hamizah Tukien_US
dc.date.accessioned2026-08-20T02:35:15Z-
dc.date.available2026-08-20T02:35:15Z-
dc.date.issued2025-06-24-
dc.identifier.otherP116039en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784522-
dc.description.abstractZaman digital hari ini menyaksikan transformasi pendidikan daripada pergantungan sepenuhnya kepada alat pengajaran dan pembelajaran fizikal kepada peralihan penggunaan bahan digital. Wordwall merupakan salah satu aplikasi digital yang digunakan oleh guru sebagai alat bantu dalam pengajaran bahasa Arab. Namun, terdapat cabaran dalam penggunaannya seperti pelajar tidak mengetahui kosa kata penting, bentuk soalan yang kurang sesuai, kelemahan menguasai pengkelasan kosa kata ism, fi’l dan harf serta persepsi negatif guru terhadap unsur-unsur ganas dan kasar dalam aplikasi permainan digital. Rentetan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti topik permainan kosa kata bahasa Arab dalam aplikasi Wordwall, membincangkan bentuk soalan permainan kosa kata bahasa Arab dalam aplikasi Wordwall, menganalisis taburan pengkelasan kosa kata dalam aplikasi Wordwall dan buku teks bahasa Arab Tingkatan 1 KSSM, serta menilai kebolehgunaan elemen permainan kosa kata bahasa Arab dalam aplikasi Wordwall. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen dan temu bual guru bahasa Arab Tingkatan 1 di daerah Pontian dan Johor Bahru. Hasil kajian menunjukkan topik Bab 4 (ما أحلى الحياة)! paling kerap dibangunkan dengan 20 permainan kerana kosa kata dalam topik tersebut berkaitan kehidupan pelajar. Guru juga gemar bina soalan berbentuk objektif seperti match up, quiz dan unjumble kerana lebih mudah dan cepat dijawab oleh pelajar berbanding soalan subjektif. Soalan dalam aplikasi Wordwall juga lebih banyak mengemukakan soalan pengkelasan kosa kata ism dan fi’l secara berasingan, namun kombinasi ism dan fi'l kurang diberi perhatian. Bagi kebolehgunaan elemen permainan dalam aplikasi Wordwall, aplikasi ni didapati mudah digunakan dan guru menyatakan kepuasan terhadapnya kerana terbukti membantu meningkatkan penguasaan kosa kata dalam kalangan pelajar. Walau bagaimanapun, mereka kurang berpuas hati dengan gangguan capaian internet dan keterbatasan templat percuma. Implikasi kajian ini menyediakan panduan bagi guru, pelajar dan pengguna yang ingin memanfaatkan aplikasi Wordwall dalam pembelajaran di bilik darjah serta membantu memberi maklumat untuk penambahbaikan pada masa hadapanen_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsAkses Terbuka/Open Accessen_US
dc.subjectEducational games -- Juvenile softwareen_US
dc.subjectEducational games -- Data processingen_US
dc.subjectArabic language -- Computer programsen_US
dc.subjectArabic language -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia -- Johoren_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenilaian kebolehgunaan permainan kosa kata bahasa Arab dalam aplikasi Wordwallen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUniversiti Kebangsaan Malaysiaen_US
dc.format.pages195en_US
dc.identifier.callnoLB1029.G3N848 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007845en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam)en_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penilaian kebolehgunaan permainan kosa kata bahasa Arab dalam aplikasi Wordwall.pdf
  Restricted Access
Full-text5.25 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.