Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784521
Title: Pelaksanaan penerimaan milikan (Qabd) dalam akad hibah di Malaysia
Authors: Nor Aini Abdullah
Supervisor: Noor Lizza Binti Mohamed Said, YBhg. Datin Dr.
Keywords: GIfts (Islamic law)
Contracts (Islamic law)
Real property (Islamic law)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Aug-2025
Abstract: Akad hibah terbentuk dengan sempurnanya rukun hibah iaitu pemberi hibah, penerima hibah, harta yang dihibahkan dan sighah. Namun, terdapat satu elemen yang dibahaskan kedudukannya oleh para fuqaha dalam akad hibah iaitu qabd. Hasil perbahasan tersebut memberi natijah yang pelbagai kerana pandangan yang lahir adalah berbeza mengikut dalil sandaran yang digunakan oleh setiap fuqaha. Kini, hibah dilihat telah menjadi satu produk yang dikomersial dan giat ditawarkan di Malaysia misalnya melalui industri pengurusan harta. Malah hibah turut diamalkan dalam kalangan masyarakat sama ada melalui hibah lisan atau dokumentasi. Hal ini terbukti apabila kes-kes hibah telah dibicarakan di Mahkamah Syariah. Namun disebabkan tiada kesepakatan dalam pandangan para fuqaha berkaitan kedudukan qabd ditambah pula wujudnya kelompongan iaitu terdapat lakuna dalam undang-undang hibah di kebanyakan negeri melainkan di Negeri Kelantan yang telah mewartakan enakmen hibah, maka Hakim Syarie telah merujuk pandangan fuqaha untuk menentukan kesahan hibah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kedudukan dan bentuk pelaksanaan qabd dalam akad hibah menurut pandangan fuqaha seterusnya menganalisis bentuk qabd yang diaplikasikan dalam produk hibah yang ditawarkan di Malaysia serta menganalisis kes-kes hibah berkaitan qabd di Mahkamah Tinggi Syariah. Metodologi kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif melalui reka bentuk analisis kandungan dan kajian lapangan melalui pendekatan analisis dokumen dan temu bual. Hasil kajian mendapati, bentuk qabd yang dilaksanakan dalam produk hibah yang ditawarkan oleh industri sama ada hibah mutlak atau hibah bersyarat adalah qabd secara haqiqi atau hukmi. Sementara itu, bentuk qabd yang diterima oleh hakim di Mahkamah Syariah adalah mengikut bentuk harta hibah sama ada harta alih atau tak alih serta situasi yang melatari ketika harta dihibahkan. Dalam hal ini, hakim menerima pelaksanaan qabd secara haqiqi sama ada tasarruf ke atas harta hibah atau pindah milik harta melalui Borang 14A mahupun pelaksanaan qabd hukmi adalah melalui dokumen hibah. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan menerusi cadangan untuk mewujudkan satu bentuk kawalan bersifat undang-undang yang selaras di seluruh negeri sekaligus dapat mewujudkan satu garis panduan yang boleh dirujuk oleh masyarakat semasa mengamalkan hibah sebagai kaedah merancang harta semasa hidup dengan lebih efektif
Pages: 212
Call Number: BP158.G5N677 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784521
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pelaksanaan penerimaan milikan Qabd dalam akad hibah di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text4.26 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.