Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784519
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.rights.licenseTertakluk kepada Dasar Akses Terbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysiaen_US
dc.contributor.advisorWan Fariza Alyati Wan Zakaria, Dr.en_US
dc.contributor.authorFatin Maziyyah Ja'faren_US
dc.date.accessioned2026-08-20T02:27:49Z-
dc.date.available2026-08-20T02:27:49Z-
dc.date.issued2025-08-18-
dc.identifier.otherP103325en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784519-
dc.description.abstractFeminis Muslim merupakan individu atau gerakan yang memperjuangkan kesetaraan gender berdasarkan kepada ajaran Islam. Perbincangan mengenai kesetaraan gender dalam kalangan feminis Muslim sering kali berakar daripada ideologi Barat. Dengan menjadikan Barat sebagai tapak asas, feminis Muslim telah melakukan tuntutan yang bercanggah dengan syariat Islam bagi mencapai matlamat utama mereka iaitu kesetaraan gender. Oleh itu, perbincangan mengenai gender iaitu hubungan antara lelaki dan wanita dalam Islam atau lebih tepat dirujuk sebagai istilah keadilan gender Islam perlu diberikan penekanan dengan berasaskan kepada prinsip tacawun (saling bekerjasama) dan takamul (saling melengkapi). Kajian ini bertujuan untuk membincangkan perjuangan gender oleh golongan feminis Muslim, mengkaji konsep keadilan dalam al-Quran serta keadilan gender dalam Islam, dan menganalisis prinsip tacawun dan takamul sebagai mekanisme pelaksanaan dasar keadilan gender Islam. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kualitatif dengan mengumpulkan bahan primer dan sekunder melalui kajian kepustakaan. Analisis data yang digunakan adalah analisis dokumen, analisis tematik dan analisis sejarah. Hasil kajian mendapati bahawa kesetaraan gender yang diperjuangkan oleh feminis Muslim terus berevolusi tanpa berlandaskan manhaj dan prinsip yang tetap dan pegangan yang jelas, bermula dengan agenda kesetaraan, kesaksamaan dan kemudiannya keadilan gender. Sebaliknya, keadilan gender dalam Islam berpaksikan al-Quran, yang menekankan keseimbangan antara persamaan dan perbezaan lelaki serta wanita. Prinsip tacawun dan takamul membolehkan kedua-dua jantina saling melengkapi dalam membentuk masyarakat yang harmoni tanpa wujudnya unsur diskriminasi dan persaingan yang negatif kerana tujuan akhirnya adalah pembinaan institusi sosial dan masyarakat Islam yang utuh dan dinamik, selari dengan keperluan zaman dan kemajuan manusia. Justeru, kajian ini diharap dapat menyumbang dalam pembangunan korpus wacana keadilan gender Islamen_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsAkses Terbuka/Open Accessen_US
dc.subjectEquality -- Religious aspects -- Islamen_US
dc.subjectSex differences -- Religious aspects -- Islamen_US
dc.subjectSocial justice -- Religious aspects -- Islamen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleTa'awun dan takamul sebagai dasar keadilan gender menurut Islamen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUniversiti Kebangsaan Malaysiaen_US
dc.format.pages173en_US
dc.identifier.callnoBP173.45.F378 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007842en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)en_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Ta awun dan takamul sebagai dasar keadilan gender menurut Islam.pdf
  Restricted Access
Full-text73.77 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.