Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784455| Title: | Keberkesanan rawatan pemerhatian melalui video berbanding rawatan bersemuka dalam kalangan pesakit tibi paru-paru di Klinik Kesihatan Negeri Johor |
| Authors: | Rahayu Othman |
| Supervisor: | Nazarudin Safian, Prof. Madya Dr. Mohd Rohaizat Hassan, Prof. Dr. |
| Keywords: | Tuberculosis, Pulmonary -- therapy Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 17-Jul-2026 |
| Abstract: | Tuberkulosis (Tibi) paru-paru adalah salah satu masalah kesihatan awam yang mendapat perhatian dunia disebabkan kadar penularannya yang tinggi, kerintangan ubatan dan bebanan kos rawatan yang tinggi. Walaupun kaedah rawatan bersemuka atau Directly Observed Treatment (DOT) telah lama dilaksanakan, kadar kejayaan rawatan Tibi paru-paru di Malaysia masih berada di bawah sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Seiring dengan perkembangan teknologi digital, pendekatan rawatan pemerhatian melalui video atau Video Observed Treatment (VOT) telah mula diperkenalkan dan dilaksanakan di Malaysia sejak tahun 2021 sebagai alternatif kepada DOT sedia ada bagi meningkatkan pemantauan rawatan pesakit. Namun, keberkesanan VOT berbanding kaedah DOT dalam konteks pelaksanaan di Malaysia masih belum dinilai secara menyeluruh. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan intervensi VOT berbanding DOT terhadap kepatuhan, hasil rawatan, kepuasan pesakit, kadar pelaporan kesan sampingan dan beban masa rawatan. Kajian eksperimen kuasi ini telah dijalankan di dua puluh lapan (28) buah klinik kesihatan di negeri Johor melibatkan 326 pesakit baru aktif Tibi paru-paru. Kumpulan VOT (n=163) menghantar rakaman video pengambilan ubat harian melalui pautan digital selamat, manakala kumpulan DOT (n=163) menerima pemantauan fizikal di klinik. Hasil utama kajian ialah tahap kepatuhan rawatan dalam tempoh dua bulan, manakala hasil sekunder merangkumi penukaran calitan kahak, skor kepuasan, kadar pelaporan kesan sampingan, dan masa rawatan mingguan. Analisis pelarasan pelbagai pemboleh ubah dalam regresi Poisson dengan ralat piawai teguh, pengukuran berulang ANCOVA dan Generalized Linear Model (GLM) taburan Gamma telah dilakukan untuk mengukur keberkesanan intervensi VOT. Dapatan kajian menunjukkan peserta VOT mempunyai kebarangkalian 6.1% lebih tinggi untuk mencapai kepatuhan rawatan berbanding kumpulan DOT (Risiko relatif terlaras, aRR = 1.061; 95% SK: 1.016–1.108; p=0.007). Kumpulan VOT juga mencatatkan kebarangkalian 22% lebih tinggi bagi penukaran calitan kahak positif kepada negatif (aRR = 1.218; p < 0.001). Selain itu, VOT secara signifikan meningkatkan skor kepuasan pesakit (p = 0.046) dan mengurangkan beban masa rawatan mingguan sebanyak 60% (Nisbah Masa = 0.396; p < 0.001) berbanding DOT. Tiada perbezaan signifikan dikesan bagi kadar pelaporan kesan sampingan (p = 0.422) antara dua kumpulan ini. Analisa deskriptif mendapati halangan teknikal bagi penggunaan VOT adalah minima. Kesimpulannya, intervensi VOT menyokong keberkesanan dalam meningkatkan kepatuhan rawatan, penukaran calitan kahak positif kepada negatif, kepuasan pesakit dan penjimatan masa untuk pemantauan rawatan dengan syarat kriteria pemilihan pesakit dipatuhi dengan tepat. Justeru, VOT wajar diperluaskan dalam program kawalan Tibi sebagai alternatif moden yang berpaksikan pesakit. |
| Notes: | e-tesis |
| Pages: | 223 |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784455 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Keberkesanan rawatan pemerhatian melalui video berbanding rawatan bersemuka dalam kalangan pesakit tibi paru-paru di Klinik Kesihatan Negeri Johor.pdf | Full text | 5.22 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.