Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784430
Title: Pembangunan model reka bentuk pembelajaran sejagat literasi berasaskan hadis Rasulullah bagi Guru Pemulihan Khas
Authors: Norhamidah Ibrahim
Supervisor: Syar Meeze Mohd. Rashid, Dr.
Hafizhah Zulkifli, Dr.
Keywords: Remedial teaching
Literacy -- Study and teaching
Universal Design for Learning
Hadith -- Study and teaching
Islamic education
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Aug-2025
Abstract: Rangka kerja Universal Design for Learning (UDL) yang dicadangkan oleh UNESCO menjadi asas pembelajaran literasi pemulihan khas. Namun, ia tidak melambangkan prinsip pendidikan berasaskan nilai dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sebaliknya, pendidikan berasaskan hadis Rasulullah berupaya mengukuhkan literasi berasaskan nilai, mencetuskan keperluan mengintegrasikan UDL literasi dengan pendekatan tersebut. Penyelidikan ini bertujuan mereka bentuk dan membangunkan model pembelajaran sejagat literasi berasaskan hadis Rasulullah (UDLitAR) bagi Guru Pemulihan Khas. Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk dan pembangunan (DDR) di dasari oleh gabungan Model ADDIE, Model Ta’dib, Model UDin, rangka kerja UDL dalam literasi, pendidikan hadis Rasulullah dan Model USE bagi mencapai objektif kajian. Fasa pertama melibatkan analisis keperluan melalui analisis kandungan dokumen dan temu bual dengan tiga pakar bidang. Analisis tematik menunjukkan keperluan untuk mengintegrasikan UDL literasi bersama hadis Rasulullah bagi menyokong prinsip pendidikan berasaskan nilai. Fasa kedua ialah reka bentuk dan pembangunan model. Peringkat reka bentuk melibatkan analisis kandungan dokumen untuk menentukan komponen, konstruk dan elemen dalam soal selidik fuzzy, kemudiannya dijawab oleh 23 pakar. Analisis fuzzy menunjukkan setiap item memenuhi tiga syarat fuzzy. Seterusnya, peringkat pembangunan dilakukan dengan menyusun keutamaan item, menghuraikan komponen, konstruk dan elemen, seterusnya melaksanakan temu bual ke atas lima pakar untuk kesahan prototaip model. Hasil temu bual menunjukkan pakar bersetuju bahawa Model UDLitAR boleh digunakan oleh Guru Pemulihan Khas dalam pengajaran asas literasi. Fasa ketiga melibatkan penilaian model oleh 25 Guru Pemulihan Khas menggunakan soal selidik kebolehgunaan. Analisis Aikens V menunjukkan tahap kebolehgunaan tinggi. Dengan mengintegrasikan UDL literasi bersama hadis Rasulullah, kajian ini mengusulkan model pengajaran yang lebih holistik, inklusif juga berasaskan nilai. Selain itu, model ini memberi panduan yang lebih praktikal dan sesuai untuk digunakan dalam pendidikan literasi bahasa Melayu pemulihan khas, sekali gus mengukuhkan pentingnya pendidikan berasaskan nilai FPK.
Pages: 508
Call Number: LC4704.N67 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784430
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan model reka bentuk pembelajaran sejagat literasi berasaskan hadis Rasulullah bagi guru pemulihan khas.pdf
  Restricted Access
Partial859.57 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.