Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784424
Title: Keberkesanan Modul Kerjaya Terapi Realiti (PACU) terhadap motivasi, kepuasaan kerja dan resilien kerjaya pegawai MARA
Authors: Johari Md Salim
Supervisor: Mohd Izwan Mahmud, Prof. Madya Dr.
Salleh Amat, Prof. Madya Dr.
Keywords: Career development
Vocational guidance
Reality therapy
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Jul-2025
Abstract: Prestasi pekerja dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang menyokong kemajuan individu dan organisasi. Isu kurangnya produktiviti pekerja adalah cabaran utama dalam pengurusan sumber manusia. Rentetan itu, kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan Modul Kerjaya Terapi Realiti (PACU) terhadap motivasi, kepuasan kerja, dan resilien kerjaya. Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti tahap motivasi, kepuasan kerja dan resilien kerjaya serta kesahan dan kebolehpercayaan Modul PACU. Sementara itu, reka bentuk kajian adalah berbentuk eksperimen tulen kumpulan rawak ujian pra, ujian pasca dan ujian susulan bagi menilai keberkesanan modul. Kaedah pemilihan sampel secara pensampelan rawak melibatkan 300 pegawai MARA dan seramai 62 orang dipilih secara rawak berpasangan bagi kajian eksperimen. Sampel kajian kumpulan eksperimen diberikan rawatan Modul PACU secara intensif yang mengandungi 12 aktiviti. Instrumen digunakan ialah Intrinsic Motivation Inventory (IMI), Minnesota Satisfaction Question (MSQ), dan Employee Resilience Scale (EmpRes). Keputusan kajian deskriptif mendapati pekali kesahan kandungan modul dan submodul adalah tinggi iaitu melebihi .85, manakala nilai Alpha Cronbach modul adalah .92 (α > .70). Bagi keputusan tahap motivasi (M = 5.78, SP = 0.40) dan resilien kerjaya (M = 5.82, SP = 0.25) adalah tinggi sementara tahap kepuasan kerja adalah sederhana (M = 3.82, SP = 0.25). Keputusan analisis ANOVA ukuran berulang menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam motivasi [F (1, 60),= 5.64, p < .05, η² = .09], kepuasan kerja [F (1, 60),= 20.83, p < 05, η² = .26] dan resilien kerjaya [F (1, 60),= 19.967, p < .05, η2 = .25]. Seterusnya analisis ANCOVA mendapati bahawa kesan intervensi terhadap motivasi [F (1,67) = 10.08, p = .00, η²=.15], resilien [F (1, 62) = 29.57, p = .00, η2 = .34] kekal signifikan selepas mengawal pemboleh ubah ujian pasca. Manakala kesan terhadap kepuasan kerja tidak signifikan [F (1,62) = 3.79, p = .54, η2=.01]. Kesimpulannya, Modul PACU mempunyai keberkesanan dalam meningkatkan motivasi, kepuasan kerja dan resilien dalam kalangan pegawai MARA. Penemuan ini menunjukkan bahawa intervensi berstruktur berasaskan Terapi Realiti seperti Modul PACU berpotensi dalam memperkukuh aspek psikologi pekerja. Cadangan kajian lanjutan hendaklah memberi fokus kepada populasi yang lebih besar dan membandingkan keberkesanan Modul PACU dengan modul-modul pembangunan kerjaya yang lain.
Pages: 404
Call Number: HF5549.5.C35 J64 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784424
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Keberkesanan modul kerjaya terapi realiti PACU terhadap motivasi kepuasan kerja dan resilien kerjaya pegawai MARA.pdf
  Restricted Access
Full-text6.71 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.