Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784095
Title: Instrumen pembangunan hartanah wakaf di Malaysia
Authors: Shahrina Romli
Supervisor: Mat Noor Mat Zain, Dr.
Mohd Zamro Muda, Dr.
Noor Lizza Mohamed Said, Datin Dr.
Keywords: Waqf -- Malaysia
Endowments, Islamic -- Malaysia
Real estate development -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Mar-2026
Abstract: Malaysia mempunyai keluasan tanah wakaf yang begitu besar dan berdasarkan rekod laporan daripada JAWHAR, terdapat 3,018 lot tanah wakaf masih belum dimanfaat dan dibangunkan dan dari segi keluasan, sebanyak 2,415 hektar tanah wakaf masih belum dimanfaatkan sepenuhnya berpunca daripada kurangnya instrumen pembangunan hartanah. Kajian ini bertujuan mengenal pasti perkembangan bentuk instrumen pembangunan hartanah wakaf Islam, menilai pelaksanaan di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka, serta menentukan kesesuaian instrumen bagi pembangunan hartanah wakaf di Malaysia. Reka bentuk kajian ialah menggunakan kajian kualitatif. Kaedah pengumpulan data ialah melalui pengumpulan data skunder dan data primer. Data skunder dianalisis menerusi kaedah analisis kandungan bagi menjawab objektif pertama. Pengumpulan data primer menggunakan instrumen temu bual yang melibatkan enam orang informan bagi menjawab objektif kedua dan ketiga dan dianalisis menggunakan perisian Atlas ti. Hasil kajian mendapati instrumen pembangunan hartanah wakaf Islam merangkumi pendekatan tradisional (contohnya al-hukr, al-khuluw, al-istibdal, al-musaqat, al-muzarac ah, al-istisna’, al-musharakah, al-mudharabah, al-ijarah) dan moden (contohnya pembangunan secara langsung, pembangunan secara pajakan, bina, kendali dan pindah, pembangunan jalinan usahasama (joint venture) dengan syarikat swasta ataupun syarikat perbankan, pembiayaan secara pelaburan korporat, pembiayaan pegangan saham, pembiayaan secara langsung, penerbitan sukuk (bon), bina, sewa dan beli (buit, rent, transfer), bina, jual dan sewa kembali (built, sale and lease back), pembinaan projek-projek pembangunan secara komersial untuk disewakan, peruntukan dana kerajaan, wakaf pertanian dan pengurusan oleh jawatankuasa masjid. Persamaan dan perbezaan pelaksanaan wujud antara negeri dengan lima instrumen digunakan di semua negeri dan selebihnya berbeza mengikut konteks negeri. Instrumen paling sesuai mengikut negeri ialah: Selangor – al-musaqat, al-ijarah, al-khuluw (tanah kecil/pertanian) dan pembangunan langsung/JV (projek besar); Perak – Istibdal (tanah kurang produktif), al-musaqat (pertanian) dan wakaf tunai/pembangunan komersial (projek besar); Negeri Sembilan – al-khuluw/al-hukr (premis kecil/komuniti), al-musaqat (pertanian) dan pembangunan langsung/wakaf tunai/JV (projek besar); Melaka – al-istibdal (tanah kurang produktif), al-khuluw (premis sewaan), wakaf pertanian (pertanian) dan pembangunan langsung/wakaf tunai/JV (projek berskala besar). Kajian ini menekankan bahawa pemilihan instrumen pembangunan hartanah wakaf perlu disesuaikan dengan jenis tanah, skala projek dan konteks negeri untuk memastikan keberkesanan dan manfaat maksimum.
Notes: e-tesis
Pages: 395
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784095
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Instrumen pembangunan hartanah wakaf di Malaysia.pdfFull-text176.59 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.