Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784094
Title: Analisis kepatuhan syariah permainan Non-Fungible Token (NFT) menurut perspektif hukum Islam
Authors: Muhammad Thariq Mohd Zamri
Supervisor: Azlin Alisa Ahmad, Prof. Madya Dr.
Amir Fazlim Jusoh @ Yusoff, Dr.
Keywords: Digital currencies -- Religious aspects -- Islam
Finance, Islamic
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Dec-2025
Abstract: ‘Non-Fungible Token’ (NFT) kini diintegrasikan secara meluas dalam bentuk permainan video yang membolehkan pereka permainan NFT mencipta peluang menjana pendapatan serta menggalakkan para pemain memperoleh pulangan ekonomi dalam bentuk wang sebenar. Namun, masih terdapat ketidakjelasan dari sudut modus operandi dalam permainan NFT. Selain itu, wujud isu syariah dalam transaksi permainan NFT dan terdapat keraguan terhadap status kepatuhan permainan NFT dari perspektif syariah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti modus operandi dalam permainan NFT, menjelaskan isu-isu syariah yang timbul dalam permainan NFT serta menganalisis tahap kepatuhan permainan NFT menurut perspektif Islam. Tumpuan kajian ini terhad kepada transaksi digital dalam permainan seperti Axie Infinity dan Sandbox, yang semakin popular dalam kalangan pengguna global. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis dokumen dan temu bual bersama pakar dalam bidang muamalat dan penggiat permainan NFT yang berpengalaman. Bagi kaedah penganalisisan data, kajian ini mengambil pendekatan deksriptif, induktif dan tematik. Hasil kajian mendapati bahawa dalam permainan NFT, pemain boleh memiliki dan memperdagangkan aset digital yang unik, dengan nilai yang ditetapkan berdasarkan kelangkaan. Namun, bagi memastikan keberlanjutan dan pematuhan syariah dalam NFT, aspek gharar dan maysir perlu diuruskan dengan teliti serta mendapat panduan daripada sarjana Islam dan badan pengawal selia. Penemuan kajian ini turut merangkumi penilaian yang lebih terperinci terhadap konsep hak milik digital dalam Islam serta pengenalpastian potensi risiko syariah dalam transaksi NFT. Sumbangan kajian ini kepada bidang ilmu adalah dengan menyediakan panduan dan cadangan bagi memastikan transaksi NFT dalam permainan atas talian dapat dijalankan dengan mematuhi prinsip-prinsip syariah. Dari segi implikasi dasar, kajian ini menekankan keperluan untuk membangunkan garis panduan serta peraturan yang lebih ketat dalam mengawasi transaksi digital yang melibatkan NFT. Hal ini bagi memastikan setiap urus niaga selaras dengan nilai-nilai Islam serta mengelakkan ketidakadilan dan eksploitasi dalam ekosistem NFT. Oleh itu, kajian ini menyarankan agar pembangun permainan dan pihak berkuasa bekerjasama dalam membangunkan mekanisme yang memastikan ketelusan, keadilan, dan penghindaran unsur-unsur yang dilarang oleh syariah dalam transaksi NFT.
Notes: e-tesis
Pages: 218
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784094
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Analisis kepatuhan syariah permainan non fungible token NFT menurut perspektif hukum Islam.pdf
  Restricted Access
Full-text2.31 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.