Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784092| Title: | Jadhr al-Asam menurut ilmuan Islam dan barat serta aplikasinya dalam pemikiran kritis |
| Authors: | Muhammad Amzar Hanif Mohd Zaidi |
| Supervisor: | Wan Haslan Khairuddin, Dr. |
| Keywords: | Critical thinking Islamic philosophy Western philosophy Thought and thinking Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 4-Mar-2026 |
| Abstract: | Jadhr al-Aṣam (liar paradox) merupakan paradoks yang bersifat swarujuk yang menghukum penyataan sendiri bahawa apa yang diperkatakan adalah dusta. Posisi ini mengakibatkan penyataan tersebut dihukum sebagai benar dan dusta. Permasalahan ini mengundang ‘mantikiawan’ dalam membincangkan dan mengetengahkan penyelesaiannya namun belum mencapai konsensus. Jadhr al-aṣam tidak lagi dibincangkan lanjut oleh ilmuwan Islam kecuali syarahan terhadap karya-karya dan solusi-solusi lama yang mengakibatkan tiada cadangan solusi baharu. Namun, jadhr al- aṣam terus didominasi perbincangannya oleh ilmuwan barat. Kajian ini cuba mengetengahkan penyelesaian para ‘mantikiawan’ terdahulu dan terkemudian sama ada ilmuwan Islam dan Barat terhadap jadhr al-aṣam. Objektif kajian ini adalah menerangkan hakikat serta sejarah jadhr al-aṣam menurut ilmuwan Islam dan Barat. Kedua, membincangkan konsep dan solusi jadhr al-aṣam. Seterusnya, menganalisis solusi jadhr al-aṣam serta aplikasi dalam pemikiran kritis. Pengumpulan data-data bagi kajian ini adalah berpandukan metode dokumentasi dan analisisnya berdasarkan metode induktif, deduktif dan komparatif. Dapatan kajian merumuskan perbahasan jadhr al- aṣam masih relevan serta berperanan dalam membanteras akar-akar sofisme. Solusi terhadap jadhr al-aṣam adalah dalam bentuk penyelesaian hierarki pragmatik yang tiga iaitu ‘keberdasaran’ (groundedness), ‘refleksiviti’ dan sensitiviti terhadap konteks. Implikasinya, solusi jadhr al-aṣam berupaya menajamkan penaakulan logik, meningkatkan kefahaman teori kebenaran serta had keupayaan akal dalam berhujah dan mempertingkatkan keupayaan berkomunikasi. Penyegaran terhadap perbincangan topik-topik dalam Ilmu Mantik perlu dilestarikan dalam masyarakat dalam mendepani cabaran pemikiran pasca modenisme. |
| Notes: | e-tesis |
| Pages: | 163 |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784092 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Jadhr Al Asam menurut ilmuan Islam dan barat serta aplikasinya dalam pemikiran kritis.pdf | Full-text | 1.82 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.