Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784089
Title: Komunikasi pendakwah wanita terhadap keluarga
Authors: Dayang Sakini Mohd Kadri
Supervisor: A’dawiyah Ismail, Prof. Madya Dr.
Khazri Osman, Dr.
Keywords: Women in Islam
Women preachers—Malaysia
Communication in families
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Feb-2026
Abstract: Peranan wanita sebagai pendakwah dalam keluarga amat penting dalam membentuk individu yang berakhlak mulia dan taat kepada Allah SWT. Wanita sebagai isteri dan ibu memainkan peranan utama dalam mendidik ahli keluarga terutamanya dalam mengamalkan ajaran Islam dan membimbing keluarga ke arah kebaikan. Namun demikian, pelaksanaan komunikasi yang berkesan dalam menyampaikan dakwah tanpa menimbulkan salah faham atau perasaan tidak senang dalam kalangan ahli keluarga menjadi cabaran utama kepada wanita. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti proses komunikasi dakwah yang digunakan oleh pendakwah wanita, mengkaji jenis pengungkapan dakwah yang efektif serta menganalisis gaya pengungkapan dakwah yang sesuai digunakan oleh pendakwah wanita bagi memastikan mesej dakwah diterima dengan baik terhadap ahli keluarga. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif. Data kajian dikumpulkan melalui temu bual. Data kajian dianalisis menggunakan Atlas.ti mengikut kaedah tematik. Hasil kajian mendapati terdapat tiga peringkat awal dalam membina proses komunikasi dakwah pendakwah wanita iaitu peringkat permulaan, perancangan dan persediaan sebelum memulakan topik perbualan. Terdapat tiga jenis pengungkapan dakwah yang efektif digunakan oleh pendakwah wanita terhadap keluarga iaitu humor, persuasif dan jenis pengungkapan psikologi. Penggunaan jenis pengungkapan ini memberi kesan yang positif terhadap penerimaan mesej dakwah dalam kalangan ahli keluarga. Selain itu, terdapat sepuluh gaya pengungkapan dakwah yang sesuai digunakan pendakwah wanita terhadap ahli keluarga iaitu ungkapan yang sopan, berunsur humor, benar dan jujur, berhemah, berunsur penceritaan, nasihat, jelas dan teratur, lemah lembut, mesra, dan mudah difahami. Dapatan kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan kepada para wanita dalam usaha penambahbaikan kualiti komunikasi dakwah wanita terhadap ahli keluarga masing-masing sekaligus mencapai keharmonian rumah tangga. Kajian ini memberi implikasi kepada unit-unit perundingcara keluarga di Jabatan Agama Islam negeri-negeri dan bahagian-bahagian yang terlibat berkaitan komunikasi wanita dan keluarga bagi meningkatkan kualiti penyampaian komunikasi wanita terhadap keluarga.
Notes: e-tesis
Pages: 273
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784089
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Komunikasi pendakwah wanita terhadap keluarga.pdfFull-text2.8 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.