Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784078| Title: | Analisis kos merawat langsung dan tahap pematuhan Garis Panduan Antimikrob Kebangsaan bagi jangkitan kerintangan antimikorbia di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (2017–2022) |
| Authors: | Muhammad Nur Amir Abdul Rassip |
| Supervisor: | Sharifa Ezat Wan Puteh, Prof. Dr. Roszita Ibrahim, Prof. Madya Dr. |
| Keywords: | Drug Resistance, Microbial Health Care Costs Garis Panduan Antimikrob Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 15-Jun-2026 |
| Abstract: | Kerintangan antimikrob (AMR) merupakan cabaran utama keselamatan kesihatan global yang bukan sahaja menggugat keberkesanan perubatan moden, malah memberi tekanan ekonomi yang hebat kepada sistem kesihatan. Di Malaysia, Garis Panduan Antimikrob Kebangsaan (NAG) berfungsi sebagai instrumen utama dalam Program Pengawasan Antimikrob (AMS) bagi membendung rintangan patogen. Walau bagaimanapun, perkaitan antara faktor pembekal melalui tahap kepatuhan NAG (Fasa 2) terhadap variasi kos merawat langsung per episod penyakit (Fasa 1) masih memerlukan penelitian mendalam bagi memahami beban ekonomi AMR di fasiliti penjagaan tertiari. Kajian ini secara keseluruhannya menggunakan pendekatan kaedah kajian rentas menggunakan data sekunder, dijalankan dalam dua fasa. Fasa 1 melibatkan analisis kos merawat langsung berdasarkan data casemix, manakala Fasa 2 melibatkan audit klinikal pematuhan terhadap NAG bagi tempoh 2017 hingga 2022. Analisis terbahagi kepada dua fasa: Fasa 1 menilai kos merawat langsung per episod (n=1,190) dan Fasa 2 menilai kepatuhan NAG (n=437). Oleh kerana data kos dan tempoh hospitalisasi (LOS) tidak bertaburan normal, statistik deskriptif dilaporkan dalam median dan julat antara kuartil (IQR), manakala faktor peramal dikenal pasti melalui analisis regresi logistik multivariat. Patogen AMR utama ialah Acinetobacter baumannii (27.5%) dan MRSA (22.7%). Dari aspek ekonomi, kos rawatan AMR melonjak sebanyak 130% daripada RM3.7 juta (2017) kepada RM9.7 juta (2019). Analisis multivariat mengesahkan LOS (OR=11.37) dan faktor tahun (OR=2.65) sebagai peramal paling signifikan terhadap peningkatan kos. Tahap kepatuhan keseluruhan terhadap NAG 2019 adalah 72.1%, dengan A. baumannii mencatatkan kepatuhan tertinggi (83%) manakala E. coli mencatatkan ketidakpatuhan tertinggi (31%). Kajian mendedahkan beban ganda dua AMR yang kritikal: lonjakan kos merawat langsung yang drastik dan peratusan ketidakpatuhan kepada NAG 2019 secara keseluruhan yang tinggi (24.3%). Peningkatan kos mungkin berpunca daripada interaksi faktor klinikal dan pengurusan (seperti LOS dan ketidakpatuhan), di mana profil jangkitan AMR bertindak sebagai pemangkin kepada penggunaan sumber yang intensif tersebut. Pengukuhan intervensi AMS yang bersasar dan penyemakan semula polisi pembiayaan berasaskan rintangan adalah imperatif bagi memastikan kelestarian sumber kesihatan negara. |
| Pages: | 197 |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784078 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Analisis kos merawat langsung dan tahap pematuhan Garis Panduan Antimikrob Kebangsaan bagi jangkitan kerintangan antimikorbia di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (2017–2022).pdf | Full-text | 2.19 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.