Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783947
Title: Pengaruh sokongan sosial, motivasi dan resilien terhadap disiplin pelajar program diploma kolej vokasional zon tengah
Authors: Amir Hamzah Sofhi @ Subhi (P90422)
Supervisor: Mohamad Sattar Rasul, Prof. Ts. Dr.
Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore, Prof Madya. Ts. Dr.
Ahmad Zamri Mansor, Dr.
Keywords: Vocational education -- Malaysia
Vocational school students -- Malaysia -- Psychological aspects
Vocational school students -- Malaysia -- Discipline
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-Jul-2025
Abstract: Disiplin pelajar merupakan aspek penting dalam pendidikan, terutamanya di kolej vokasional yang menekankan pembangunan sahsiah dan kemahiran teknikal. Melalui sorotan literatur di dapati eleman sokongan sosial, motivasi dan resilien kurang di kaji dalam mempengaruhi disiplin, Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap sokongan sosial (ibu bapa, rakan sebaya, pensyarah), motivasi (intrinsik dan ekstrinsik), resilien, dan disiplin dalam kalangan pelajar diploma kolej vokasional. Selain itu, kajian ini meneliti perbezaan pemboleh ubah berdasarkan jantina, hubungan antara pemboleh ubah, serta pengaruh sokongan sosial, motivasi dan resilien terhadap disiplin pelajar. Kajian kuantitatif ini menggunakan rekabentuk tinjauan dengan melibatkan 337 pelajar diploma yang dipilih secara pensampelan rawak berstrata daripada 10 buah kolej vokasional di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Instrumen soal selidik yang telah diadaptasi kajian lepas iaitu dimensi sokongan sosial dari kajian kajian Sokongan Persekitaran dan Keterlibatan Pelajar Dalam Meningkatkan Kemahiran Insaniah Serta Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah, dimensi motivasi dan disiplin dari kajian Instrumen motivasi di adaptasi dari Instrumen Remaja Salah Laku Disiplin serta resilien dari The Resilience Scale For Early Adolescents-RSEA dan di uji kesahan dan kebolehpercayaan melalui kaedah Contents Variable index, Scale Contents Variable index dan nilai untuk kepercayaan menggunakan alfa Cronbach digunakan untuk mengumpul data berkaitan pemboleh ubah kajian. Dapatan analisis deskriptif menunjukkan tahap sokongan sosial, motivasi, dan resilien berada pada tahap sangat baik, manakala tahap disiplin berada pada tahap cemerlang. Pelajar perempuan mempunyai tahap sokongan sosial yang lebih tinggi berbanding pelajar lelaki, namun tiada perbezaan signifikan bagi motivasi dan resilien berdasarkan jantina. Selain itu pelajar lelaki lebih banyak melakukan pelanggaran disiplin berbanding pelajar perempuan. Analisis korelasi pula menunjukkan hubungan yang kuat bagi resilien dan motivasi dan lemah bagi sokongan sosial dengan disiplin. Walau bagaimanapun, analisis regresi berganda mendedahkan hanya motivasi dan resilien mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap disiplin pelajar sebanyak 67%. Dapatan kajian ini memberi implikasi penting kepada pentadbir dan pensyarah kolej vokasional untuk membangunkan program intervensi yang menekankan aspek motivasi dan daya tahan pelajar bagi meningkatkan tahap disiplin, dengan memberi perhatian khusus kepada pelajar lelaki. Kajian lanjutan dicadangkan untuk memperluaskan skop pemboleh ubah sokongan sosial, motivasi intrinsik-ekstrinsik, dan resilien dengan menganalisis hubungannya terhadap 12 kategori kes disiplin SSDM dalam kalangan pelajar pelbagai peringkat pengajian di institusi pendidikan tinggi seluruh Malaysia. Penyelidikan wajar menggunakan pendekatan metodologi campuran kuantitatif-kualitatif dengan melibatkan pensyarah dan ibu bapa sebagai responden tambahan, serta mengintegrasikan kerangka teori yang diperluas untuk merangka strategi intervensi berasaskan bukti dalam pendidikan vokasional.
Pages: 302
Call Number: LC1047.M4A465 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783947
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.