Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783857
Title: Prevalen stres dan faktor yang mempunyai hubungan dengan stres di kalangan operator pengeluaran di kilang petroleum dan gas di Malaysia
Authors: Norhayati Md. Amin
Supervisor: K.G. Rampal, Prof. Dr.
Nizam Jemoin, Dr.
Keywords: Occupational Stress
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Mar-2007
Abstract: Kajian hirisan lintang ini mengkaji prevalen stres dan faktor yang menyumbang pada stres dikalangan operator pengeluaran di kilang petroleum dan gas di Malaysia. Kajian ini juga menyingkap fungsi daya tindak dalam mencegah stres di kalangan operator pengeluaran. Sebanyak 430 borang soal selidik yang meliputi Inventori Stres Peribadi (skor stres, skor stres keluarga dan rumahtangga), Survei Stres Pekerjaan dan Strategi Penggunaan Daya Tindak telah diedarkan. Kadar respon yang diperolehi adalah 79.0%. Didapati prevalen stres di kalangan operator pengeluaran adalah 42.1%. Hasil kajian menunjukkan skor keterukan stres kerja adalah lebih tinggi di kalangan operator yang stres. Mereka mengalami lebih stres disebabkan oleh beban kerja berbanding dengan stres akibat kurangnya sokongan organisasi. Di antara faktor pekerjaan yang mempunyai hubungan yang bererti dengan stres ialah kurang masa berehat, penambahan tugas yang meningkatkan tanggungjawab kerja, kurang penglibatan dalam membuat keputusan polisi, kurangnya penyeliaan dan perhatian dari pihak atasan, gaji yang tidak mencukupi dan tugasan di luar waktu kerja. Faktor keluarga dan rumahtangga juga mempunyai hubungan yang bererti dengan stres. Di antara faktor keluarga yang mempunyai hubungan bererti dengan stres ialah kekurangan sumber kewangan, persekitaran luar rumah yang tidak menenangkan atau merbahaya, konflik dengan anak dan tidak cukup masa untuk bersama ahli keluarga. Umur adalah satu-satunya faktor sosiodemografi yang mempunyai hubungan bererti dengan stres dalam kajian ini. Penggunaan strategi daya tindak didapati tidak berkesan untuk mengurangkan stres malahan didapati penggunaan strategi daya tindak seperti humor, mengalih perhatian diri sendiri, menyalahkan diri sendiri, penidakkan, perubahan kelakuan dan pengekspresian perasaan menyumbang kepada stres.
Notes: Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana"
Pages: 80
Call Number: QT162.S8N822p 2007 9HUKM tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783857
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.