Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783484| Title: | Pengaruh modal insan strategik terhadap pengurusan bakat dan daya saing perkhidmatan awam di Malaysia |
| Authors: | Syahrul Idzuan Mohamad (P91807) |
| Supervisor: | Nur Riza Mohd Suradi, Prof. Madya Dr. |
| Keywords: | Human capital -- Malaysia Civil service -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 26-Jul-2023 |
| Abstract: | Perkhidmatan awam merupakan institusi yang berperanan memastikan kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara terjamin. Namun, tekanan semasa menyebabkan perkhidmatan awam perlu membuktikan bahawa setiap apa yang dilaksanakan mempunyai nilai tinggi di mata rakyat. Dalam hal ini, perkhidmatan awam perlu meningkatkan tahap prestasi daya saingnya agar dapat mengelakkan impak negatif pada masa akan datang. Kajian lepas telah mengenal pasti pengurusan bakat menjadi faktor yang boleh memberi kesan peningkatan prestasi daya saing organisasi namun kajian mengenainya masih kurang dilaksanakan terhadap perkhidmatan awam. Justeru, model konseptual dibangunkan berdasarkan model pengurusan bakat yang diintegrasikan dan disokong oleh model strategi operasi serta teori berasaskan sumber bagi memenuhi keperluan tersebut. Reka bentuk kajian secara campuran menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Populasi kajian terdiri daripada 4,524 pegawai tadbir dan diplomatik gred M44 sehingga M54 bagi kaedah kuantitatif manakala responden kaedah kualitatif di kalangan pengurusan tertinggi yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam gred JUSA dan ke atas. Seterusnya, sampel kajian dipilih menggunakan teknik pensampelan bersebab dan teknik pensampelan rawak berstrata. Sesi temu bual bersemuka bersama 10 orang responden terpilih diadakan bagi mengumpulkan data kualitatif manakala edaran soal selidik kepada 373 responden dilaksanakan bagi pengumpulan data kuantitatif. Analisis kandungan berdasarkan tema menggunakan perisian ATLAS.ti bagi pendekatan kualitatif manakala perisian SPSS versi 23 serta AMOS digunakan bagi kaedah kuantitatif. Analisis kualitatif menghasilkan takrifan mengenai pengurusan bakat, daya saing dan bakat mengikut perspektif pengurusan tertinggi perkhidmatan awam. Hasil pengujian model mengesahkan model SEM sesuai dengan data kajian yang digunakan. Selanjutnya, keputusan analisis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara pengurusan bakat, daya saing dan modal insan. Keputusan juga menunjukkan modal insan menjadi pengantara yang signifikan ke atas hubungan antara pengurusan bakat dan daya saing perkhidmatan awam. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan kepentingan pengurusan bakat ke atas prestasi daya saing perkhidmatan awam. Selain itu, bakat yang diwakili oleh penjawat awam menjadi sumber berpengaruh yang dapat meningkatkan prestasi daya saing perkhidmatan awam di Malaysia. Hasil dapatan kajian ini menyumbang kepada ilmu pengetahuan terutamanya dalam disiplin ilmu pengurusan sumber manusia dan pengurusan strategik masa kini. |
| Pages: | 361 |
| Call Number: | HD4904.7.S973 2023 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783484 |
| Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Pengaruh modal insan strategik terhadap pengurusan bakat dan daya saing perkhidmatan awam di Malaysia.pdf Restricted Access | Full-text | 3.79 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.