Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783412| Title: | Hubungan antara kecerdasan emosi dan efikasi kendiri guru Pendidikan Khas sekolah rendah kawasan pendalaman negeri Sabah |
| Authors: | Siti Aramini Johani (P121087) |
| Supervisor: | Syar Meeze Mohd Rashid, Dr. |
| Keywords: | Special education educators Special education Emotional intelligence Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 6-Jan-2025 |
| Abstract: | Guru Pendidikan khas merupakan pengerak utama dalam memastikan pengajaran berkesan diterima oleh Murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK). Usaha ini hanya akan dapat dijayakan sekiranya guru Pendidikan Khas berterusan menerima, bersetuju dan percaya bahawa setiap MBPK boleh dididik. Kejayaan membentuk cabaran bilik darjah pastinya membawa kepada pencapaian kualiti pengajaran MBPK. Kajian tinjauan dijalankan untuk mengetahui tahap kecerdasan emosi serta efikasi kendiri guru Pendidikan Khas di kawasan pedalaman. Selain itu, kajian ini juga ingin mengetahui impak hubungan kecerdasan emosi dan efikasi kendiri guru Pendidikan Khas di kawasan pedalaman. Kepentingan kajian adalah mengetahui impak serta sejauh mana kecerdasan emosi mengubah efikasi kendiri guru, dalam konteks guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Adaptasi soal selidik kecerdasan emosi Goleman (1996) serta Tschannen-Moran dan Hoy (2001) telah digunakan untuk mengumpul data responden kajian. Seramai 84 orang guru Pendidikan Khas di kawasan pedalaman negeri Sabah telah terlibat sebagai responden kajian. Dapatan analisis menunjukkan kedua-dua tahap kecerdasan emosi serta efikasi kendiri guru di kawasan pedalaman berada pada tahap yang tinggi. Selanjutnya dapatan analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kecerdasan emosi dan efikasi kendiri guru, r=.833, p<. 001, N=84. Analisis juga menunjukkan kekuatan hubungan linear berada pada julat yang kuat iaitu antara 0.80-0.99. Kajian menyimpulkan bahawa kemahiran kecerdasan emosi memberi impak yang positif kepada peningkatan efikasi kendiri guru. Dalam erti kata lain semakin tinggi tahap kecerdasan emosi guru maka semakin tinggi tahap efikasi kendiri. Oleh itu, pembangunan profesional berteraskan konsep kemahiran, kecerdasan emosi dan efikasi kendiri perlu dilaksanakan agar guru pendidikan khas khususnya di kawasan pedalaman sentiasa bermotivasi dan bersedia menghadapi cabaran pengajaran dalam konteks pendidikan khas. |
| Pages: | 145 |
| Call Number: | LA2375.S568 2024 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783412 |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Hubungan antara kecerdasan emosi dan efikasi kendiri guru pendidikan khas sekolah rendah kawasan pedalaman negeri Sabah.pdf Restricted Access | Full-text | 1.44 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.