Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783412
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSyar Meeze Mohd Rashid, Dr.en_US
dc.contributor.authorSiti Aramini Johani (P121087)en_US
dc.date.accessioned2026-05-20T06:44:28Z-
dc.date.available2026-05-20T06:44:28Z-
dc.date.issued2025-01-06-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783412-
dc.description.abstractGuru Pendidikan khas merupakan pengerak utama dalam memastikan pengajaran berkesan diterima oleh Murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK). Usaha ini hanya akan dapat dijayakan sekiranya guru Pendidikan Khas berterusan menerima, bersetuju dan percaya bahawa setiap MBPK boleh dididik. Kejayaan membentuk cabaran bilik darjah pastinya membawa kepada pencapaian kualiti pengajaran MBPK. Kajian tinjauan dijalankan untuk mengetahui tahap kecerdasan emosi serta efikasi kendiri guru Pendidikan Khas di kawasan pedalaman. Selain itu, kajian ini juga ingin mengetahui impak hubungan kecerdasan emosi dan efikasi kendiri guru Pendidikan Khas di kawasan pedalaman. Kepentingan kajian adalah mengetahui impak serta sejauh mana kecerdasan emosi mengubah efikasi kendiri guru, dalam konteks guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Adaptasi soal selidik kecerdasan emosi Goleman (1996) serta Tschannen-Moran dan Hoy (2001) telah digunakan untuk mengumpul data responden kajian. Seramai 84 orang guru Pendidikan Khas di kawasan pedalaman negeri Sabah telah terlibat sebagai responden kajian. Dapatan analisis menunjukkan kedua-dua tahap kecerdasan emosi serta efikasi kendiri guru di kawasan pedalaman berada pada tahap yang tinggi. Selanjutnya dapatan analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kecerdasan emosi dan efikasi kendiri guru, r=.833, p<. 001, N=84. Analisis juga menunjukkan kekuatan hubungan linear berada pada julat yang kuat iaitu antara 0.80-0.99. Kajian menyimpulkan bahawa kemahiran kecerdasan emosi memberi impak yang positif kepada peningkatan efikasi kendiri guru. Dalam erti kata lain semakin tinggi tahap kecerdasan emosi guru maka semakin tinggi tahap efikasi kendiri. Oleh itu, pembangunan profesional berteraskan konsep kemahiran, kecerdasan emosi dan efikasi kendiri perlu dilaksanakan agar guru pendidikan khas khususnya di kawasan pedalaman sentiasa bermotivasi dan bersedia menghadapi cabaran pengajaran dalam konteks pendidikan khas.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.rightsAccess Terbuka/Open Access-
dc.subjectSpecial education educatorsen_US
dc.subjectSpecial educationen_US
dc.subjectEmotional intelligenceen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleHubungan antara kecerdasan emosi dan efikasi kendiri guru Pendidikan Khas sekolah rendah kawasan pendalaman negeri Sabahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUKM-
dc.format.pages145en_US
dc.identifier.callnoLA2375.S568 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007615en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Hubungan antara kecerdasan emosi dan efikasi kendiri guru pendidikan khas sekolah rendah kawasan pedalaman negeri Sabah.pdf
  Restricted Access
Full-text1.44 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.