Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783410
Title: Penggunaan didik hibur dalam pengajaran kemahiran bertutur Bahasa Arab di sekolah menengah
Authors: Falahah Musa (P121070)
Supervisor: Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Dr.
Harun Baharudin, Dr.
Keywords: Educational games
Arabic language -- Study and teaching
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Jan-2025
Abstract: Kemahiran bertutur bahasa Arab merupakan salah satu aspek penting dalam pembelajaran bahasa. Walau bagaimanapun, pelajar sering menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran tersebut. Didik hibur dilihat mempunyai daya tarikan yang diperlukan dalam proses PdP khususnya dalam mempelajari bahasa asing. Justeru, kajian ini adalah untuk meneroka didik hibur dalam pengajaran kemahiran bertutur dari sudut tiga aspek, iaitu pengetahuan didik hibur dalam pengajaran kemahiran bertutur bahasa Arab, penggunaan didik hibur dalam pengajaran kemahiran bertutur dan masalah pembelajaran kemahiran bertutur pelajar serta tindakan guru menggunakan didik hibur untuk mengatasi masalah pembelajaran pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes yang menggunakan temu bual dan analisis dokumen sebagai instrumen bagi mengumpulkan data. Data dianalisis secara tematik. Kajian ini melibatkan tiga orang guru bahasa Arab yang berpengalaman dan menggunakan didik hibur dalam pengajarannya. Dapatan kajian menunjukkan dua pengetahuan yang diperlukan guru dalam menggunakan didik hibur iaitu pengetahuan tentang kemahiran bertutur dan konsep didik hibur. Manakala, proses penggunaan didik hibur merangkumi perancangan kemahiran bertutur menggunakan didik hibur, identifikasi didik hibur, mengimplementasi didik hibur, pentaksiran melalui didik hibur, refleksi dan kareteristik guru. Masalah pembelajaran pelajar dalam kemahiran bertutur antaranya kebimbangan bertutur, tidak yakin untuk bertutur, kurang penguasaan kosa kata atau mufradat dan persekitaran bukan berbahasa Arab. Tindakan mengatasi masalah tersebut menggunakan didik hibur melalui permainan, hiwar (perbualan), program hayya bil ‘arabiah, hadiah misteri dan pelbagai aktiviti yang menarik sesuai dengan objektif dan keadaan pelajar. Dengan itu, hasil kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan, panduan dan idea kepada guru-guru bahasa Arab khususnya buat guru di sekolah menengah untuk terus berkreativiti, berinovasi dan menambah baik amalan pengajaran dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran yang menarik dan bermakna untuk pelajar.
Pages: 216
Call Number: LB1029.G3.F335 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783410
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penggunaan didik hibur dalam pengajaran kemahiran bertutur bahasa Arab di sekolah menengah.pdf
  Restricted Access
Full-text3.41 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.