Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783402
Title: Amalan pentaksiran kemahiran lisan Bahasa Arab sekolah rendah
Authors: Nurul Ain Hasan (P108096)
Supervisor: Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Dr.
Keywords: Arabic language -- Study and teaching
Educational tests and measurements
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Nov-2024
Abstract: Anjakan paradigma Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang dilaksanakan bermula pada tahun 2013 melibatkan penggubalan kurikulum baru Bahasa Arab dengan memasukkan komponen baharu Pentaksiran. Pentaksiran merupakan salah satu daripada komponen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, kemahiran lisan sering diabaikan dalam pentaksiran pengajaran Bahasa Arab. Oleh yang demikian, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka amalan pentaksiran kemahiran lisan bahasa Arab dalam pengajaran dan meneroka tindakan guru menyelesaikan masalah murid dalam pentaksiran kemahiran lisan bahasa Arab. Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan protokol temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Dua persoalan kajian yang digariskan iaitu: i) Bagaimana amalan pentaksiran kemahiran lisan dalam pengajaran bahasa Arab? ii) Bagaimana tindakan guru menyelesaikan masalah murid-murid dalam pentaksiran kemahiran lisan bahasa Arab? Pemilihan peserta kajian dibuat berdasarkan kepada persampelan bertujuan yang mengambil kira kepakaran guru subjek sebagai kriteria utama berdasarkan maklumat dan cadangan daripada Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Perdana di negeri Selangor. Seramai tiga orang guru Bahasa Arab peserta kajian telah terlibat dalam kajian ini. Data temu bual yang lengkap ditranskrip seterusnya dianalisis bagi melahirkan tema dan sub tema dengan menggunakan perisisan Atlas.ti versi 22. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru bahasa Arab telah mengaplikasikan tiga amalan pentaksiran kemahiran lisan bahasa Arab iaitu, i) merancang objektif pentaksiran kemahiran lisan, ii) merancang teknik pentaksiran lisan dan iii) rekod pelaporan murid. Manakala hasil penerokaan juga menunjukkan guru Bahasa Arab peka dengan masalah murid dan telah mengambil beberapa tindakan yang sewajarnya semasa sesi pentaksiran kemahiran lisan dijalankan. Malah hasil dapatan tersebut mendapati, GBA telah mengambil dua tindakan iaitu, i) memberikan reaksi terhadap masalah murid dan ii) aktiviti pentaksiran tambahan untuk murid bermasalah. Justeru, segala implikasi kajian dapat dijadikan panduan dan penambahbaikan kepada GBA dalam usaha meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran lisan bahasa Arab seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pages: 127
Call Number: LB1025.N8378 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783402
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Amalan pentaksiran kemahiran lisan bahasa Arab sekolah rendah.pdf
  Restricted Access
Full-text2.43 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.