Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783402| Title: | Amalan pentaksiran kemahiran lisan Bahasa Arab sekolah rendah |
| Authors: | Nurul Ain Hasan (P108096) |
| Supervisor: | Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Dr. |
| Keywords: | Arabic language -- Study and teaching Educational tests and measurements Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 26-Nov-2024 |
| Abstract: | Anjakan paradigma Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang dilaksanakan bermula pada tahun 2013 melibatkan penggubalan kurikulum baru Bahasa Arab dengan memasukkan komponen baharu Pentaksiran. Pentaksiran merupakan salah satu daripada komponen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, kemahiran lisan sering diabaikan dalam pentaksiran pengajaran Bahasa Arab. Oleh yang demikian, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka amalan pentaksiran kemahiran lisan bahasa Arab dalam pengajaran dan meneroka tindakan guru menyelesaikan masalah murid dalam pentaksiran kemahiran lisan bahasa Arab. Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan protokol temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Dua persoalan kajian yang digariskan iaitu: i) Bagaimana amalan pentaksiran kemahiran lisan dalam pengajaran bahasa Arab? ii) Bagaimana tindakan guru menyelesaikan masalah murid-murid dalam pentaksiran kemahiran lisan bahasa Arab? Pemilihan peserta kajian dibuat berdasarkan kepada persampelan bertujuan yang mengambil kira kepakaran guru subjek sebagai kriteria utama berdasarkan maklumat dan cadangan daripada Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Perdana di negeri Selangor. Seramai tiga orang guru Bahasa Arab peserta kajian telah terlibat dalam kajian ini. Data temu bual yang lengkap ditranskrip seterusnya dianalisis bagi melahirkan tema dan sub tema dengan menggunakan perisisan Atlas.ti versi 22. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru bahasa Arab telah mengaplikasikan tiga amalan pentaksiran kemahiran lisan bahasa Arab iaitu, i) merancang objektif pentaksiran kemahiran lisan, ii) merancang teknik pentaksiran lisan dan iii) rekod pelaporan murid. Manakala hasil penerokaan juga menunjukkan guru Bahasa Arab peka dengan masalah murid dan telah mengambil beberapa tindakan yang sewajarnya semasa sesi pentaksiran kemahiran lisan dijalankan. Malah hasil dapatan tersebut mendapati, GBA telah mengambil dua tindakan iaitu, i) memberikan reaksi terhadap masalah murid dan ii) aktiviti pentaksiran tambahan untuk murid bermasalah. Justeru, segala implikasi kajian dapat dijadikan panduan dan penambahbaikan kepada GBA dalam usaha meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran lisan bahasa Arab seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. |
| Pages: | 127 |
| Call Number: | LB1025.N8378 2024 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783402 |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Amalan pentaksiran kemahiran lisan bahasa Arab sekolah rendah.pdf Restricted Access | Full-text | 2.43 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.