Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783399
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhammad Syawal Amran, Dr.en_US
dc.contributor.authorGhita Tamalia (P107669)en_US
dc.date.accessioned2026-05-20T06:27:54Z-
dc.date.available2026-05-20T06:27:54Z-
dc.date.issued2024-12-13-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783399-
dc.description.abstractPemikiran dan pertimbangan merupakan kemahiran penting dalam mempengaruhi tingkah laku pelajar bermoral. Namun begitu, kemahiran ini kurang diberikan perhatian dalam pengajaran guru Pendidikan Moral. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka strategi penyampaian dalam pengajaran guru Pendidikan Moral yang melibatkan kemahiran pemikiran dan pertimbangan dalam kelas Pendidikan Moral. Kajian yang dijalankan merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Seramai 12 orang guru sekolah menengah telah dipilih sebagai peserta kajian dengan kaedah pensampelan bertujuan. Pengumpulan data adalah melalui sesi temu bual yang telah dianalisis menggunakan NVIVO versi 11 secara analisis tematik. Hasil dapatan kajian menunjukkan strategi penyampaian pengajaran guru melibatkan kemahiran pemikiran dan membuat pertimbangan moral adalah berpusatkan pelajar (Penggunaan isu dan situasi moral, pendekatan soalan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Pengajaran Secara Berkumpulan, Lakonan dan Penggunaan i-Think), berpusatkan bahan (Penggunaan Buku Teks dan Teknologi), dan berpusatkan guru (Kaedah Penerangan). Dapatan kajian juga menunjukkan pelaksanaan pengajaran pemikiran dan pertimbangan moral melalui pendekatan secara berkumpulan, penggunaan bahan bantu mengajar dan pembelajaran berasaskan kes. Selain itu, terdapat cabaran yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan strategi pengajaran pemikiran melalui tiga faktor utama, iaitu faktor pelajar (penglibatan pelajar, penguasaan bahasa, keupayaan kognitif pelajar, penghayatan nilai), faktor guru (guru bukan opsyen moral dan pengurusan bilik darjah), dan sekolah (fasiliti sekolah yang kurang memadai). Oleh itu, dapatan kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada guru - guru Pendidikan Moral dalam meningkatkan kualiti pengajaran dalam kelas. Malahan dapat memberikan sumbangan daripada aspek latihan profesional guru dalam meningkatkan strategi penyampaian pengajaran pemikiran dan pertimbangan agar pelajar dapat bertingkah laku secara bermoral dalam kehidupan harian mereka.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectLearning strategiesen_US
dc.subjectTeacher effectivenessen_US
dc.subjectMoral educationen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleStrategi pengajaran pemikiran dan pertimbangan guru Pendidikan Moralen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages177en_US
dc.identifier.callnoLB1066.T336 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007601en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Strategi pengajaran pemikiran dan pertimbangan guru pendidikan moral.pdf
  Restricted Access
Full-text2.87 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.