Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783394
Title: Penggunaan buku teks dalam pengajaran jawi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Kuantan, Pahang
Authors: Abd Rahim Salleh (P112792)
Supervisor: Ab Halim Tamuri, Prof. Dato' Dr.
Hafizhah Zulkifli, Dr.
Keywords: Jawi alphabet
Curriculum planning
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations -- Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Jul-2024
Abstract: Penguasaan Jawi di kalangan pelajar dapat meningkatkan tahap tulisan Jawi sebagai salah satu ilmu yang berharga. Namun, tahap penguasaan dan pemahaman yang rendah berkenaan tulisan Jawi di kalangan pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina mengakibatkan mereka keciciran. Tambahan pula, isu berkaitan tempoh masa mengajar yang singkat dan silibus yang dianggap tidak sepadan dengan piawaian dan kebolehan murid menyebabkan masalah ini bertambah rumit. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneroka penggunaan, isi kandungan, dan isu berkenaan Buku Teks Pendidikan Islam pengajaran Jawi di kalangan guru tahap satu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini memberi tumpuan kepada guru pendidikan Islam di beberapa buah sekolah di sekitar Kuantan, Pahang sebagai subjek kajian. Metodologi kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif melalui protokol temu bual separa berstruktur dan analisis kandungan terhadap guru Pendidikan Islam di sekolah yang terpilih. Melalui analisis tema, dapatan kajian untuk kajian ini menunjukkan guru pendidikan Islam, menggunakan buku teks sebagai rujukan utama dalam sesi pembelajaran. Walaubagaimanapun, kajian mendapati silibus yang digunakan kurang sesuai dengan tahap murid. Kajian ini juga, melaporkan tempoh masa pengajaran Jawi adalah singkat menyebabkan guru perlu menghabiskan silibus dengan cepat. Oleh itu, guru perlu lebih kreatif dan mengadaptasi penggunaan teknologi bagi menarik minat pelajar untuk sesi pembelajaran yang lebih efektif. Di samping itu juga, kandungan buku teks dalam tulisan Jawi harus dikekalkan supaya pelajar berada dalam situasi terdesak dan terpaksa menguasai tulisan Jawi. Kajian ini diharap mampu memberi sumbangan terhadap bidang keilmuan dan juga sebagai bukti empirikal dalam bidang tulisan jawi dalam kalangan pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
Pages: 138
Call Number: PL5052.A233 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783394
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penggunaan buku teks dalam pengajaran Jawi di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina Kuantan Pahang.pdf
  Restricted Access
Full-text2.13 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.