Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783392| Title: | Pengaruh amalan kepimpinan responsif budaya guru besar terhadap iklim instruksional sekolah di negeri Terengganu |
| Authors: | Sa'ari Senik (P113223) |
| Supervisor: | Jamalul Lail Abdul Wahab |
| Keywords: | Leadership School management and organization Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations -- Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 18-Jun-2024 |
| Abstract: | Kepimpinan responsif budaya memainkan peranan penting dalam menggalakkan keterlibatan dan kesaksamaan pelbagai budaya. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kepimpinan responsif budaya amat relevan dalam mengurus dan menangani kepelbagaian dan perbezaan. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan mengenalpasti tahap kepimpinan responsif budaya (KRB) dalam kalangan guru besar dengan iklim instruksional berdasarkan jenis sekolah iaitu SK dan SJKC di Negeri Terengganu. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan dan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 375 orang guru SK dan SJKC yang diambil menggunakan teknik persampelan rawak berstrata. Instrumen kepada amalan kepimpinan responsif budaya Guru Besar telah dirujuk daripada instrumen asal yang dibangunkan oleh Khalifa 2016 manakala instrumen iklim instruksional sekolah dirujuk daripada PIMRS yang dibangunkan oleh Hallinger (2011). Instrumen diedarkan kepada guru sekolah yang terlibat dengan menggunakan platform borang google. Data telah dikodkan dengan SPSS Versi 28. Hasil menunjukkan tahap amalan kepimpinan responsif budaya guru besar berada pada tahap sederhana (M = 3.64, SD = 0.365), dan tahap iklim instruksional sekolah berada pada tahap tinggi (M = 3.71, SD = 0.382). Hasil ujian–t sampel tak bersandar menjelaskan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kepimpinan responsif budaya guru besar SK dengan SJKC [t = -1.315, p = 0.189], p > 0.05. Ujian t juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap iklim instruksional SK dengan SJKC [t = -0.411, p = 0.681], p > 0.05. Kepimpinan responsif budaya guru besar juga mempunyai hubungan korelasi yang sederhana terhadap iklim instruksional (r = 0.527, sig = 0.000). Analisis regresi berganda mendapati bahawa amalan kepimpinan responsif budaya guru besar mempunyai pengaruh yang besar ke atas peningkatan tahap iklim instruksional sekolah. Kajian ini membuktikan bahawa amalan kepimpinan responsif budaya dalam kalangan guru besar memainkan peranan yang penting dalam peningkatan tahap iklim instruksional sekolah. Implikasi kajian ini ialah guru besar perlu memberikan sokongan secara berterusan dan latihan kepimpinan rsponsif budaya kepada guru. Kepimpinan responsif budaya perlu diberi penekanan semasa latihan perguruan kerana ia mempunyai pengaruh dan menyumbang ke arah peningkatan tahap iklim instruksional. Kesimpulannya, amalan kepimpinan responsif budaya perlu diamalkan oleh guru besar kerana ia memberi impak positif dalam meningkatkan iklim instruksional sekolah. |
| Notes: | Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah” |
| Pages: | 190 |
| Call Number: | HD57.7.S233 2024 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783392 |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Pengaruh amalan kepimpinan responsi budaya guru besar terhadap iklim instruksional sekolah di negeri Terengganu.pdf Restricted Access | Partial | 1.16 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.