Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783380| Title: | Sistem pengurusan kualiti berasaskan Syariah (MS 1900): analisis tadbir urus dan undang-undang |
| Authors: | Tahirah Mohamed (P141275) |
| Supervisor: | Suhaizad Saifuddin, Dr |
| Keywords: | Sistem Pengurusan Kualiti Pensijilan MS 1900 Undang-Undang Syariah |
| Issue Date: | 18-Apr-2026 |
| Abstract: | Sistem pengurusan kualiti berasaskan syariah (MS 1900) adalah piawaian pematuhan bagi pelaksanaan tadbir urus yang berintegriti dan berlandaskan prinsip-prinsip syariah yang diintegrasikan daripada ISO 9001. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti berasaskan syariah (MS 1900) telah meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Namun demikian, pelaksanaannya dibatasi kekangan dalam tadbir urus dan kolompangan undang-undang berkaitan. Objektif kajian ini bertujuan untuk menilai sistem pengurusan kualiti syariah menurut perspektif syariah dan menganalisis pensijilan MS 1900 dari aspek tadbir urus dan undang-undang. Di samping itu mengenal pasti isu berkaitan dengan pensijilan MS 1900 dari aspek tadbir urus dan undang-undang seterusnya mencadangkan penambahbaikan dari aspek tadbir urus dan undang-undang berkaitan pensijilan MS 1900. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Data dikumpul daripada sumber primer melalui ayat al-quran, hadis, undang-undang dan temu bual. Temu bual separa berstruktur dilaksanakan dengan enam (6) informan yang mempunyai kepakaran dalam bidang kajian. Manakala sumber sekunder diperolehi daripada buku, artikel jurnal, kertas kerja persidangan dan lain-lain. Kesemua data dianalisis melalui kaedah analisis kandungan dan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya kelemahan tadbir urus dalam pelaksanaan pensijilan MS 1900 termasuklah kefahaman standard yang tidak seragam dan ketiadaan badan berwibawa bagi melaksanakan tanggungjawab pengawalseliaan. Ketiadaan peruntukan undang-undang yang jelas telah menjejaskan pengawalseliaan terhadap pihak berkepentingan. Sehubungan dengan itu, kajian ini mencadangkan supaya tadbir urus diperkukuhkan dan suatu kerangka undang-undang yang khusus diperuntukkan bagi mengawal selia pensijilan MS 1900. Secara keseluruhannya, kajian ini penting bagi memperkukuhkan tadbir urus dan mengadakan punca kuasa yang jelas melalui peruntukan undang-undang supaya pelaksanaannya lebih holistik dan efektif |
| Notes: | e-tesis |
| Pages: | 138 |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783380 |
| Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Sistem pengurusan kualiti berasaskan syariah (ms 1900) analisis tadbir urus and undang undang.pdf Restricted Access | 911.98 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.