Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783356| Title: | The effect of Centella Asiatica (L.) urban on an organotypic spinal cord model |
| Authors: | Nur Nabilah Ahmad Puzi (P70832) |
| Supervisor: | Ruszymah Hj. Idrus, Prof. Dato' Dr. Yogeswaran Lokanathan, Dr. |
| Keywords: | Tissue Engineering Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 2-Aug-2017 |
| Abstract: | Centella asiatica (L.) Urban (CA) terkenal sebagai tumbuhan herba untuk meningkatkan fungsi otak dan ingatan dalam perubatan tradisional Cina dan Melayu. Secara saintifik, kesan neurogeniknya terbukti pada sel saraf dan hippocampus tikus. Kesannya terhadap saraf tunjang (ST) belum dikaji secara meluas walaupun kesan kecederaan ST (KST) boleh menyebabkan kelumpuhan anggota badan dan perubatan moden tiada rawatan untuk menyembuhnya. Matlamat kajian ini adalah membina model organotipik ST (MOST) dan menyiasat kesan neurotrofik ekstrak mentah CA (raw extract of CA; RECA) ke atas MOST. MOST disediakan dengan menggunakan hirisan ST yang dihasilkan melalui penghirisan ST anak tikus dengan vibratom dan setelah pembenaman ST dalam blok gel. Untuk itu, ketumpatan gel mestilah setimpal dengan ST, frekuensi dan amplitud getaran bilah (GB) perlu dioptimumkan, dan ketebalan hirisan ST yang dihasilkan perlu mempunyai berkebolehhidupan 100% dalam kultur. Di akhirnya, parameter optimum adalah; menggunakan anak tikus berumur 8 hari, 10% gelatin, GB dengan amplitud 10 dan frekuensi 1, menghasilkan hirisan berketebalan 300 um yang mempunyai kebolehhidupan 100% selama 8 hari pengkulturan. RECA disediakan pada kepekatan 0, 100, 200 400 dan 800 μg/ml dan ditambahkan ke dalam media MOST selama 7 hari. Seterusnya, hirisan ST pewarnaan- imuno dilakukan terhadap protein TUJ-1 dan GFAP dan imej direkodkan dengan mikroskop berpendarfluor. Min bilangan neurit, min panjang neurite, min neurit terpanjang dan min nisbah pertumbuhan diukur pada imej yang diperolehi. Ujian Anova dan Kruskal-Wallis mendapati tiada perbezaan signifikan di antara kumpulan. Ini berkemungkinan kerana kandungan bahan bioaktif neurotrofik yang rendah di dalam RECA yang boleh diakibatkan oleh perbezaan geografi dan kaedah pengekstrakan berbanding ekstrak lain dan juga hipotesis bahawa bahan aktif di dalam RECA hanya boleh bertindak secara sinergis dengan NGF untuk menghasilkan kesan neurotrofi. Kesimpulannya, MOST boleh dihasilkan menggunakan vibratom dan adalah alternatif kepada model in vitro monolapisan. Walau bagaimana pun kepekatan RECA yang diuji tidak menunjukkan sebarang kesan neurorofik pada saraf tunjang. |
| Notes: | "Certification of Master's Thesis" is not available |
| Pages: | 126 |
| Call Number: | QT20.5.N974e 2017 9HUKM tesis |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783356 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| The effect of Centella Asiatica (L.) urban on an organotypic spinal cord model. Nur Nabilah Ahmad Puzi.pdf Restricted Access | Partial | 3.33 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.