Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783336
Title: Iklan dan masyarakat: peranan papan iklan luar kajian kes di lebuhraya Elite Expressway E608
Authors: Nur Hezreen Othman (P78573)
Supervisor: Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Ulung Datuk Dr.
Kartini Aboo Talib @ Khalid, Prof. Dr.
Keywords: Advertising
Advertising -- Outdoor
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations -- Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Aug-2022
Abstract: Kajian ini menyelidiki fungsi dan peranan papan iklan luar dalam mempengaruhi gaya hidup masyarakat di Malaysia. Kajian ini turut mengupas peranan rekabentuk visual iklan pada papan iklan luar dalam pembentukan ruang sosial dapat mempengaruhi pemilihan sosial masyarakat. Fokus kajian adalah terhadap elemen rekabentuk visual seperti tipografi, warna, susun letak rekaan dan ilustrasi, perletakkan, material papan iklan luar di kawasan kajian serta tafsiran paparan mesej dan bahasa pada rekaan reka letak papan iklan luar. Kerangka konsep bagi kajian ini memperjelaskan bagaimana pemilihan sosial pengguna mampu menjadikan sesuatu produk itu boleh diterima masyarakat. Metodologi kajian yang telah digunakan adalah kaedah analisis visual di mana 29 sampel gambar papan iklan luar di lebuhraya Elite Expressway E608 digunakan sebagai data utama manakala hasil dari kaedah temuramah wakil dari pihak PLUS dan sebelas (11) orang informan adalah sebagai data sokongan. Hasil kajian analisis visual dan temuramah, penemuan menunjukkan bahawa papan iklan luar adalah medium pengiklanan yang mampu menjadi saluran penyampaian maklumat yang berkesan dan mempengaruhi pemilihan sosial masyarakat. Kajian ini menjadi garis panduan kepada syarikat pengiklanan, pihak berkuasa tempatan dan pereka grafik berkenaan rekaan reka-letak pada papan iklan luar serta implikasi rekaan tersebut kepada pemilihan sosial masyarakat.
Notes: Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah "
Pages: 172
Call Number: HF5823.N837 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783336
Appears in Collections:Institute of Ethnic Studies / Institut Kajian Etnik (KITA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Iklan dan masyarakat peranan papan iklan luar kajian kes di lebuhraya Elite Expressway E608.pdf
  Until 2026-05-22
Partial1.69 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.