Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783284| Title: | Ciri-ciri demografi kanak-kanak lelaki yang terlibat dalam jenayah: satu kajian di Sekolah Tunas Bakti |
| Authors: | Abdullah Hanapi (P32924) |
| Supervisor: | Zaleha Md. Isa, Prof. Madya Dr. Hanafiah Mohd. Salleh, Prof. Madya Dr. |
| Keywords: | Criminal Behavior Juvenile Delinquency Dissertations, Academic -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
| Issue Date: | Dec-2006 |
| Abstract: | Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji ciri-ciri perlakuan dan tren jenayah yang dilakukan oleh kanak-kanak yang tinggal dalam institusi jagaan berkediaman, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Tempat kajian ialah di Sekolah Tunas Bakti Sg. Besi (STBSB), Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian keratan rentas yang menganalisa Laporan Akhlak 140 orang kanak-kanak lelaki yang berumur antara 10-18 tahun yang sedang menjalani pemulihan selama tiga tahun. Kaedah persampelan universal dilakukan terhadap populasi semasa kanak-kanak yang berada dalam senarai kehadiran ketika kajian dibuat. Pengumpulan data adalah dengan menggunakan data primer iaitu maklumat yang diperolehi daripada Laporan Pegawai Akhlak setiap kanak-kanak. Teknik perbincangan kumpulan berfokus (focus group discussion) bagi 10 orang kanak-kanak dan temubual secara mendalam (indepth interview) juga dilakukan terhadap 10 orang kanak-kanak yang berlainan yang berasal dari bandar dan luar bandar. Pembolehubah yang digunakan dalam kajian ini meliputi umur kanak-kanak, etnik, taraf pendidikan, lokasi tempat tinggal, pendapatan keluarga, dan adik-beradik serta kedudukan mereka dalam keluarga. Maklumat yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan perisian “Statistical Product and Service Solutions” (SPSS), versi 11.5. Ujian khi-kuasa dua dilakukan terhadap semua pembolehubah yang berkaitan bagi mendapatkan ciri-ciri perlakuan jenayah kanak-kanak yang berada di STBSB. Analisa statistik mendapati bahawa terdapat hubungan antara pembolehubah etnik dan bilangan adik beradik dengan jenis jenayah dilakukan dan tiada terdapat hubungan antara pembolehubah lain-lain dengan jenis jenayah. |
| Notes: | Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana" |
| Pages: | 68 |
| Call Number: | HV9202.6.A136c 2006 9HUKM tesis |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783284 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Ciri-ciri demografi kanak-kanak lelaki yang terlibat dalam jenayah satu kajian di Sekolah Tunas Bakti.pdf Restricted Access | Partial | 3.2 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.