Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783283
Title: Faktor-faktor yang mempengaruhi penjagaan antenatal di kalangan ibu tanpa nikah: Satu kajian di Hospital Pulau Pinang bagi kes tahun 2001
Authors: Rajwani Md Zain (P20669)
Supervisor: Hajjah Hanafiah Mohd Salleh, Prof. Madya Dr.
Keywords: Prenatal Care
Illegitimacy
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 30-Dec-2002
Abstract: Kajian yang memfokuskan kepada ibu yang bersalin tanpa nikah ini telah dijalankan di Hospital Pulau Pinang dan melibatkan 90 responden iaitu kesemua kes bagi tahun 2001. Tujuan utama kajian ini dijalankan bagi mengetahui apakah faktor demografi dan sosial yang mempengaruhi penjagaan antenatal di kalangan ibu tanpa nikah. Alat kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang dibentuk berdasarkan objektif kajian. Ujian statistik yang digunakan untuk menganalisa kajian ini ialah frekuensi dan ujian khi kuasadua (χ²). Hasil kajian menunjukkan 60% terdiri dari bangsa melayu, 14.4% berbangsa India, 12.2% berbangsa Cina dan selebihnya iaitu 13.3% dari lain-lain bangsa. Responden adalah 25.4% berumur 20 tahun kebawah, 70.2% berumur antara 21 hingga 35 tahun dan 4.4% berumur melebihi 36 tahun. Hanya 3 orang dari responden iaitu 3.3% mempunyai pendidikan Institusi Pengajian tinggi, 82.2% dari sekolah menengah dan 14.3% berpendidikan setakat sekolah rendah. Kebanyakan responden (48.8%) merupakan pekerja kilang, 31.1% bekerja sebagai jurujual, 7.7% bekerja di pusat hiburan, manakala selebihnya iaitu 12.4% masih belajar dan tidak bekerja. Pendapatan bulanan yang diterima oleh 46.6% dari keseluruhan responden ialah kurang dari RM500 atau tiada pendapatan, 48.9% berpendapatan antara RM501 hingga RM1500 dan 4.4% melebihi RM1501. Berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui kajian ini hanya 25.6 peratus dari responden yang mendapatkan penjagaan antenatal berbanding 74.4 peratus yang tidak mendapatkannya. Dari 90 responden yang terlibat, 84.4% dari mereka mendakwa bahawa mereka tidak mendapatkan penjagaan antenatal disebabkan perasaan malu kerana kehamilan tanpa nikah manakala 15.6% adalah sebaliknya. Hasil kajian mendapati faktor sosial yang mendorong untuk ibu-ibu mendapatkan penjagaan antenatal ialah sokongan yang diberikan sama ada oleh pasangan, ahli keluarga dan kawan (masing-masing mempunyai nilai p=0.05, 0.01 dan 0.007). Oleh itu, pekerja sosial perubatan perlu usahakan agar sokongan sosial ditingkatkan dengan sebaiknya untuk kes-kes ibu tanpa nikah agar mereka mendapatkan penjagaan antenatal yang sebaiknya.
Notes: Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana"
Pages: 29
Call Number: HQ999.M4 R111f 2002 9HUKM tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783283
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.