Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783245
Title: Pengukuhan hegemoni kerajaan Mughal era Aurangzeb (1658-1707) menerusi gerakan ketenteraan ke wilayah Deccan
Authors: Muhammad Izzad Helmy Muhammad Harun (P127428)
Supervisor: Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari, Dr.
Keywords: Mughal Empire -- Kings and rulers
Deccan (India) -- Politics and government
Aurangzeb, Emperor of Hindustan, 1618-1707
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-May-2025
Abstract: Aurangzeb merupakan pemerintah terakhir dalam era The Age of Great Mughals. Tempoh pemerintahannya yang bermula pada tahun 1658 hingga 1707 menyaksikan pelbagai pencapaian yang dinikmati oleh Kerajaan Mughal, khususnya dalam aspek perluasan wilayah. Antara wilayah yang berjaya dikuasai sepenuhnya oleh Aurangzeb ialah wilayah Deccan di mana pencapaian ini tidak pernah dikecapi oleh pemerintah Mughal sebelum itu. Penguasaan ke atas wilayah Deccan menjadi iltizam utama semasa pemerintahan Aurangzeb memandangkan wilayah berkenaan sering kali memberikan masalah dan ancaman kepada hegemoni politik Mughal. Selain itu, pengalaman Aurangzeb menjadi gabenor Deccan sebanyak dua kali semasa era pemerintahan Shah Jahan (1627-1658) turut menguatkan lagi iltizam Aurangzeb untuk menguasai wilayah tersebut setelah beliau menerajui takhta Mughal. Justeru, disertasi ini bertujuan untuk meneliti pendekatan yang dilaksanakan oleh Aurangzeb bagi menguasai wilayah Deccan. Selain itu, kajian ini turut bertujuan untuk meneroka hubungan awal wilayah Deccan dengan Kerajaan Mughal serta faktor-faktor yang mendorong Aurangzeb menggerakkan kempen ketenteraan ke wilayah berkenaan. Keseluruhan kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif menerusi kajian sejarah (historical study) dan analisis kandungan (content analysis) dalam proses pengumpulan dan analisis data, khususnya terhadap sumber primer dan sekunder. Dapatan kajian ini menunjukkan sekurang-kurangnya tiga faktor yang menyebabkan Aurangzeb bertindak menggerakkan kempen ketenteraan ke wilayah Deccan, iaitu faktor politik, ekonomi dan agama. Walaupun pendekatan diplomasi digunakan namun tidak membuahkan hasil sehingga memaksa Aurangzeb menggunakan tindakan ketenteraan ke atas wilayah Deccan. Malah, keterlibatan Aurangzeb sendiri dalam memimpin tentera Mughal dalam kempen tersebut berhasil setelah berjaya menumpaskan Kerajaan Bijapur pada tahun 1686 dan menumbangkan Kerajaan Golkonda setahun kemudian. Kejayaan tersebut memberikan impak positif kepada pemerintahan Aurangzeb memandangkan Kerajaan Mughal menguasai wilayah India yang paling luas ketika itu. Malah, penguasaan terhadap wilayah Deccan memudahkan Aurangzeb untuk menangani ancaman golongan Maratha.
Pages: 178
Call Number: DS461.7.M859 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783245
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengukuhan hegemoni Kerajaan Mughal era Aurangzeb 1658-1707 menerusi gerakan ketenteraan ke wilayah Deccan.pdf
  Restricted Access
Full-text2.04 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.