Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783242| Title: | Pengetahuan bacaan al-Quran ibu bapa berkerjaya di Petaling Jaya, Selangor |
| Authors: | Nik Siti Hajar Ahmad Azhar (P126617) |
| Supervisor: | Latifah Abdul Majid, Prof. Madya Dr. Sabri Mohamad, Dr. |
| Keywords: | Qur'an -- Recitations -- Study and teaching -- Malaysia -- Selangor Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 8-May-2025 |
| Abstract: | Amalan membaca al-Quran merupakan suatu keperluan asas dan tanggungjawab bagi setiap individu Islam. Setiap golongan, termasuk ibu bapa, wajib mempelajari al-Quran untuk memenuhi tanggungjawab mendidik anak-anak di awal usia. Namun begitu, ibu bapa lemah dalam menguasai bacaan al-Quran dari sudut hukum tajwid, makhraj, waqaf dan ibtida, disebabkan oleh kesibukan dan komitmen kerjaya yang lebih diutamakan. Implikasinya, tahap pengetahuan bacaan al-Quran dalam kalangan ibu bapa menjadi rendah, dan seterusnya hal ini menjadi satu cabaran bagi mereka untuk mengajarkan al-Quran kepada anak-anak. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap pengetahuan bacaan al-Quran dalam kalangan ibu bapa berkerjaya serta mengenal pasti cabaran yang mereka hadapi dalam mendidik anak anak membaca al-Quran. Selain itu, kajian turut meneliti perbezaan berdasarkan latar belakang pendidikan agama, tahap pendidikan ibu bapa dan pendapatan isi rumah melalui ujian-t dan ujian ANOVA. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan pendekatan tinjauan ke atas 384 responden yang bekerja di Petaling Jaya, Selangor. Tahap nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang diperolehi bagi semua soal selidik adalah tinggi (>0.9). Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan min, sisihan piawai, peratus, ujian-t dan ujian ANOVA. Analisis kajian mendapati skor min pengetahuan ibu bapa adalah tinggi dalam hukum tajwid Nun mati dan Tanwin (3.95), Mad (3.86), Mim mati (Ikhfa’ Syafawi (3.71)) dan bacaan Tafkhim (3.68). Manakala, skor min pengetahuan ibu bapa adalah sederhana dalam hukum tajwid Mim mati (Izhar Syafawi (3.67), Idgham Mithlain (3.6)), bacaan Tarqiq (3.61), Waqaf (3.5), Makhraj (3.39) dan Ibtida (3.33). Oleh itu, dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa pengetahuan bacaan al-Quran dalam kalangan ibu bapa berkerjaya adalah rendah kerana mereka tidak sepenuhnya menguasai hukum tajwid, makhraj, waqaf dan ibtida. Di samping itu, ibu bapa juga menghadapi cabaran dalam mendidik anak-anak membaca al-Quran. Kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam pengetahuan tajwid al-Quran berdasarkan latar belakang pendidikan agama dan tahap pendidikan ibu bapa. Bagi cabaran ibu bapa dalam mengajar al-Quran kepada anak-anak, terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan latar belakang pendidikan agama, namun tiada perbezaan yang signifikan berdasarkan pendapatan isi rumah keluarga. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan panduan untuk meningkatkan lagi kualiti bacaan al-Quran dalam kalangan ibu bapa. Kajian ini mencadangkan agar ibu bapa mengambil langkah proaktif sejak peringkat awal untuk lebih peka terhadap keperluan pendidikan al-Quran, supaya mereka dapat menguasai bacaan al-Quran dengan baik dan seterusnya mampu mengajarkannya kepada anak anak. |
| Pages: | 180 |
| Call Number: | BP131.6.N557 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783242 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Pengetahuan bacaan Al quran ibu bapa berkerjaya di Petaling Jaya Selangor.pdf Restricted Access | Full-text | 2.98 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.