Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783241| Title: | Faktor-faktor video tular pempengaruh (influencer) di Instagram |
| Authors: | Muna Hajar Roslan (P112037) |
| Supervisor: | Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Dr. Muhammad Faisal Ashaari, Dr. |
| Keywords: | Religious broadcasting -- Islam Da'wah (Islam) Influence (Psychology) Marketing -- Technological innovations Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 23-Jun-2025 |
| Abstract: | Instagram (IG) merupakan platform media sosial yang berpotensi besar dalam penyebaran mesej dakwah secara pantas dan meluas. Namun, penggunaan IG dalam konteks dakwah masih belum mencapai tahap optimum disebabkan kurangnya pengaplikasian faktor-faktor yang dapat menjadikan video dakwah tular dan menarik minat audiens. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk (i) mengenalpasti video reels yang mencatat penularan tertinggi dalam kalangan pempengaruh dakwah di Instagram, (ii) mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada penularan video reels pempengaruh dakwah di Instagram dan (iii) menganalisis faktor-faktor penularan video reels yang paling dominan dalam memastikan penerimaan tinggi terhadap video dakwah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan terhadap 50 hantaran video reels yang dihasilkan oleh 10 pempengaruh dakwah terpilih, dengan pemilihan video berdasarkan kriteria capaian tontonan dan tanda suka yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat faktor dalaman utama iaitu kualiti kandungan, gaya penyampaian, teknik teknikal dan keterlibatan pempengaruh, serta lima faktor luaran seperti pengaruh emosi, konteks sosial, demografi audiens, kontingensi dan trend semasa yang mempengaruhi ketularan video dakwah. Faktor dalaman yang paling banyak diaplikasikan oleh pempengaruh adalah kualiti kandungan, manakala pengaruh emosi merupakan faktor luaran paling dominan dalam meningkatkan jumlah tontonan dan tanda suka. Oleh itu, kajian ini memberikan panduan kepada pendakwah dalam mengoptimumkan penggunaan platform IG sebagai medium penyampaian mesej Islam yang lebih menarik bagi memastikan video dakwah dapat menarik perhatian audiens. |
| Pages: | 206 |
| Call Number: | BP185.74.M866 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783241 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Faktor faktor video tular pempengaruh influencer di Instagram.pdf Restricted Access | Full-text | 5.09 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.