Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783236| Title: | Parameter hukum ikan jallalah menurut perspektif Islam |
| Authors: | Kamarulzaman Mustappa (P110725) |
| Supervisor: | Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Prof. Madya Dato’ Dr. Muhammad Nazir Alias, Dr. Sahilah Abdul Mutalib, Prof. Dr. Mohd Hafiz Safiai, Dr. |
| Keywords: | Fish as food -- Religious aspects -- Islam Muslims -- Dietary laws Halal food Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 27-May-2025 |
| Abstract: | Ketidakjelasan dalam penentuan hukum haiwan jallālah kategori ikan menjadi isu berikutan ketiadaan huraian terperinci mengenai kaedah penetapannya. Walaupun terdapat nas yang jelas tentang hukum pemanfaatan hidupan akuatik, pengkategorian ikan sebagai jallālah masih belum dikupas secara komprehensif. Hal ini mengakibatkan ketidakseragaman fatwa berkaitan ikan yang diberi makanan bernajis, seterusnya menimbulkan kesukaran dalam kalangan masyarakat untuk berpegang kepada hukum yang dapat dijadikan panduan. Isu ini timbul berikutan pendedahan amalan segelintir penternak yang menggunakan najis, sisa sembelihan dan bangkai haiwan sebagai sumber makanan ikan air tawar untuk memaksimumkan keuntungan tanpa mengambil kira aspek halal-haram. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kedudukan konsep dan hukum haiwan jallālah menurut pandangan ulama empat mazhab untuk diaplikasi terhadap ikan yang memakan bahan bernajis; menganalisis pandangan fuqaha terhadap konsep kuarantin haiwan jallālah dan kesesuaian aplikasinya; menganalisis dapatan kajian saintifik terhadap ikan jallālah yang telah melalui dan tidak melalui proses kuarantin; dan menghasilkan ḍawābiṭ (parameter) penentuan ikan jallālah menurut perspektif Islam dan sains. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif secara induktif dengan reka bentuk analisis kandungan dan temu bual. Data dikumpul melalui analisis pelbagai sumber primer dan sekunder, termasuk kitab-kitab fiqh klasik atau turath berdasarkan empat mazhab utama, buku-buku, artikel jurnal, tesis dan kertas kerja. Kajian mengaplikasikan konsep triangulasi melalui temu bual separa berstruktur yang melibatkan 17 orang informan merangkumi pakar syariah, sains, pihak autoriti, dan pengusaha ternakan muslim. Hasil kajian mendapati konsep umum haiwan jallālah merujuk kepada pemakanannya yang melibatkan najis dan berbau busuk, termasuk haiwan jenis ikan. Parameter penentuan jallālah adalah berdasarkan kewujudan bau busuk pada fizikal haiwan dan bukannya kuantiti makanan najis yang dimakan. Majoriti fuqaha empat mazhab dan fatwa antarabangsa menghukumkan makruh, berbeza dengan fatwa di Malaysia yang menghukumkannya haram. Ulama yang mengkategorikan haram telah mewajibkan proses kuarantin, manakala yang meletakkan hukum makruh hanya menggalakkan proses tersebut. Analisis daripada dapatan penemuan sains menunjukkan tiada kesan bahan najis pada bahagian dalaman dan luaran ikan kerana telah mengalami istihālah (perubahan) melalui proses pencernaan. Hasil analisis dapatan kajian bagi tiga objektif pertama telah dirangkumkan untuk menghasilkan satu set parameter penentuan ikan jallālah. Parameter atau ḍawābiṭ ini mempunyai ciri utama iaitu penentuan berdasarkan bau busuk yang ketara pada fizikal haiwan tersebut. Dengan terhasilnya ḍawābiṭ ini, ikan jallālah dapat ditentukan dengan lebih jelas. Justeru, kajian ini berpotensi untuk dijadikan panduan dan rujukan umum dalam menyelesaikan kes-kes haiwan jallālah yang lain, khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu haiwan itu tergolong dalam kategori jallālah atau sebaliknya. Implikasi kajian ini turut memberi manfaat kepada penternak Muslim, pengguna, pihak berkuasa pensijilan halal, dan institusi fatwa dalam mengharmonikan keputusan hukum berkaitan isu jallālah secara praktikal dan akademik. |
| Pages: | 432 |
| Call Number: | BP184.9.D5.K363 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783236 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Parameter hukum ikan jallalah menurut perspektif Islam.pdf Restricted Access | Full-text | 4.18 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.