Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783228| Title: | Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap ekonomi di kalangan ibu yang tidak berkahwin di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Selangor. 1999-2001 |
| Authors: | Mohamad Azhar Mohammad Nor (P20663) |
| Supervisor: | Noor Hidayah Ishak, Dr. |
| Keywords: | Illegitimacy -- economics Single Parent -- economics |
| Issue Date: | 25-Sep-2002 |
| Abstract: | Isu berkaitan dengan ibu yang tidak berkahwin merupakan satu masalah sosial di negara ini yang selalu diperkatakan di mana majoriti golongan yang terlibat adalah remaja. Satu kajian keratan rentas telah dijalankan untuk mengenalpasti faktor.:.faktor yang mempengaruhi tahap ekonomi di kalangan ibu yang tidak berkahwin di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor bagi tahun 1999 hingga tahun 2001. Keseluruhan jumlah populasi dijadikan sampel bagi kajian yang diperolehi daripada senarai pendaftaran kes ibu yang tidak berkahwin bagi tahun 1999 hingga • 2001. Daripada 194 orang ibu tidak berkahwin yang berdaftar, 109 telah memberi respon ke atas kajian yang dijalankan. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa tahap ekonomi ibu yang tidak berkahwin mempunyai hubungan yang signifikan dengan peringkat umur (p=0.028), pekerjaan (p=0.003), status perkahwinan (p=0.006), dan saiz isirumah (p=0.003). Sementara itu, faktor-faktor sosial yang lain iaitu tahap kesihatan, taraf pendidikan dan tanggapan tentang taraf pendidikan yang tinggi ataupun rendah, tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan taraf ekonomi ibu yang tidak berkahwin di mana (p=0.160), (p=0.330), dan (p=0.104). Hasil kajian juga menunjukkan faktor-faktor persekitaran seperti sokongan keluarga yang tinggi ataupun rendah dan penglibatan keluarga yang tinggi ataupun rendah, tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan taraf ekonomi ibu yang tidak berkahwin di mana (p=0.356) dan (p=0.267). |
| Notes: | Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana" |
| Pages: | 68 |
| Call Number: | HQ999.M4M697p 2003 9HUKM tesis |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783228 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap ekonomi di kalangan ibu yang tidak berkahwin di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Selangor 1999-2001.pdf Restricted Access | Partial | 3.32 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.