Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783192
Title: Kepuasan kerja di kalangan Juruteknologi Makmal Perubatan di Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Authors: RD. Aidifitrina Khirotdin (GP00246)
Supervisor: Rosnah Sutan, Dr.
Keywords: Job satisfaction
Health Occupations
Pusat Perubatan UKM
Medical Laboratory Personnel
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Jul-2011
Abstract: Kepuasan kerja seseorang pekerja adalah salah satu faktor penting yang mempengaruhi prestasi dan produktiviti sesebuah organisasi. Satu kajian telah dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mengukur tahap kepuasan kerja dan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhinya. Satu kajian silang fungsi telah dilakukan ke atas kakitangan Juruteknologi Makmal Perubatan di Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, PPUKM dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan dan dijawab sendiri oleh responden pada awal tahun 2011. Dalam menentukan pengukuran tahap kepuasan pekerja penyelidik menilai pada 4 komponen aspek iaitu sosiodemografik, perkhidmatan, perkembangan kerjaya dan persekitaran. Kadar respon dalam kajian ini ialah 81.4%. Hasil keseluruhan kajian mendapati semua aspek mampu mempengaruhi kepuasan kerja JTMP. Kehadiran faktor peramal komponen perkhidmatan (52.3%) dan perkembangan kerja (52.4%) yang dikaji mempunyai kesan positif dalam mempengaruhi tahap kepuasan kerja. Hasil kajian mendapati responden berusia muda (77.0%), berpendapatan rendah (75.0%) dan tempoh perkhidmatan singkat (83.7%) mempunyai tahap kepuasan kerja lebih rendah berbanding responden yang berusia, berpendapatan tinggi dan mempunyai tempoh perkhidmatan yang lebih lama di kalangan JTMP. Faktor-faktor peramal kepuasan kerja global ialah aspek perkhidmatan cemerlang dan penilaian prestasi semasa (74.2%) terhadap kepuasan kerja secara menyeluruh. Manakala peratus JTMP yang berpuashati terhadap aspek komponen persekitaran mempunyai nilai tahap kepuasan kerja yang lebih tinggi iaitu 35.0%. Aspek ruang keluasan bekerja (79.0%), aspek pekerjaan dan beban kerja (76.0%) dan aspek kemudahan menyuarakan pendapat (80.8%) merupakan aspek utama ketidakpuasan kerja diikuti aspek sumber dan fasiliti (51.0%), aspek peralatan (65.6%), aspek keselamatan (56.7%), aspek pengikhtirafan (63.4%), aspek latihan (35.7%), aspek gaji dan ganjaran (48.5%), aspek hubungan professional (42.5%), aspek pengurusan dan polisi (35.5%), aspek status dan autonomi (36.8%), aspek perkembangan kerjaya (33.4%) dan aspek pencapaian semasa (25.8%). Walau bagaimanapun peratus keseluruhan pencapaian pengukuran kepuasan kerja global didapati lebih tinggi dengan 81.5% responden berpuashati terhadap pencapaian pekerjaan semasa. Secara kesimpulannya kajian mendapati aspek dalam komponen persekitaran menunjukkan pencapaian peratus tahap kepuasan kerja yang paling rendah jika dibandingkan dengan aspek dalam tiga komponen yang lain. Bagaimanapun bagi aspek ruang keluasan bekerja, aspek pekerjaan dan beban kerja dan aspek kemudahan menyuarakan pendapat perlu dikaji semula dalam usaha meningkatkan tahap kepuasan kerja di kalangan kakitangan berjawatan JTMP di JPMD, PPUKM.
Notes: Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana"
Pages: 91
Call Number: HF5549.5.J63.R312k 2011 n.1 9HUKM tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783192
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.